SK ASSAM JAWA (kali ke 3)


6 Julai 2010, Assam Jawa, Kuala Selangor - IQ Class Management bergerak terus ke sekolah-sekolah dengan modul-modul membina minda dan sahsiah. Kali ini, IQCM ke SK Assam Jawa buat kali yang ke tiga dalam tahun 2010 bagi bersama membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian dan keberkesanan pelajaran anak-anak asnaf zakat. Program yang berlangsung seawal 8.00 pagi itu dibahagikan kepada 2 kelompok.

Kelompok pertama ialah pelajar tahap 2. Mereka dihidangkan dengan ceramah Pengurusan M.A.S.A yang disampaikan sendiri oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management.

Kelompok yang kedua sudah pastinya terdiri dari kalangan pelajar tahap 1. Mereka ini dimasukkan ke dalam kumpulan yang diselia dan diketuai oleh Zaki. Program keseluruhannya tamat pada jam 1.00 petang. Antara fasilitator yang terlibat adalah Shafika Adila (Pika), Adri Khushairi (Ad) dan Nor Dalila (Dyll).



6 Julai 2010
Kuala Selangor

Catatan Popular