PUAKA


Sejak kebelakangan ini, dapat kita lihat fenomena penerbitan layar perak di Malaysia begitu memberikan tumpuan kepada cerita-cerita yang berbentuk tahyul, alam ghaib dan hantu. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kita terfikir mengapa ia berlaku? Adakah disebabkan kebanyakan dari penerbit ini terjebak ke dalam kancah ketahyulan ini (kena santau, buat orang dan sebagainya) atau mereka sedang berusaha me'laku'kan jualan penerbitan mereka melalui permintaan semasa?

Apa sebenarnya yang patut kita lihat? Allah telah sebutkan di dalam Al-Quran bahawasanya Allah telah menjadikan makhluk berupa malaikat, jin dan manusia. Mereka ini adalah di bawah penguasaan dan kehendak Allah s.w.t. Antara ketiganya, cuma malaikat sahaja yang menjadi makhluk taat tanpa berhujah kerana pada mereka tidak diberikan nafsu. Tetapi tidak kepada manusia dan jin. Apabila ADAM menjadi manusia pertama, Allah sebelumnya telah menciptakan Iblis yang menjadi 'bapa segala jin'.

Jadi mereka juga seperti kita sebagaimana yang diperintahkan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud, "tidak AKU jadikan jin dan manusia semata-mata untuk menyembah kepada KU." Renungilah diri kita, siapa sebenarnya yang puaka, kerana tugas mereka (jin) dan kita adalah sama.

1. MANUSIA BERMULUT PUAKA

Kita banyak cakap, banyak mengumpat, banyak mengutuk, banyak menghina dan banyak menipu. Itulah mulut kita. Kita tidak perasan, dan kita tidak peduli. Sebab itulah hukamak berpersan, jangan banyak cakap, bila banyak cakap akan banyak buat salah. Bila banyak buat salah, banyaklah dosa kita. Jahat dan puakanya mulut kita tidaklah menghisap darah orang lain, tetapi lebih parah sebab, digunakan untuk makan daging orang lain (menfitnah), dahsyatkan?

2. MANUSIA BERHATI PUAKA

Kita biasa sekali mendengar kata-kata orang PhD atau perasaan hasad dengki bukan? Itu biasalah bagi seorang manusia. Hati ini berkulat, berkudis, kotor dan segala macam kotoran duniawi. Itulah yang menyebabkan hati kita jadi busuk. Hati tidak akan puas dan bukan kerja kita untuk puaskan hati orang lain. Hati ini selalu sakit, benci melihat kejayaan orang lain, sakit hati bila ada orang lain diberi penghargaan. Cuba periksa hati masing-masing, sihat tak?

3. MANUSIA BERAKHLAK PUAKA

Bila kata akhlak, mustahil ada yang tidak baik. Tapi kalau kita sebut akhlak puaka, sudah tentu prasangka kita yang buruk-buruk sahaja. Mana tidaknya, kita tahu, puaka hanya keluar pada sebelah malam saja, tapi ini tidak siang dan malam dia menghantui orang lain. Kita rasa kitalah manusia berjaya, berkaliber, berkedudukan dan berada di hadapan. Tidak malukah kita jika berjaya, berkaliber, berkedudukan dan berada di hadapan adalah disebabkan kesusahan orang lain? Disebabkan oleh tangis teriak manusia lain? Tidakkah itu dinamakan puaka? Apatah lagi bila ajaran Allah dipermainkan, ulamak diperlekehkan? Berakhlakkah kita?

4. MANUSIA BERUMAH PUAKA

Takut dan seram bila membayangkan rumah hantu. Tetapi tidak pula kita seram apabila rumah kita sendiri tidak pernah diperdengarkan ayat Al-Quran. Mana mahu datang ketenangan dalam rumah kita. Sebab itulah keluarga bercerai berai apabila rumah tidak dipagari dengan peringatan-peringatan Allah. Tetapi ingat bukan sekadar gantung tetapi gantung dan baca. Bukan itu sahaja, segala syariat yang Allah tetapkan pun main langgar sahaja. Tabiat iblis dan syaitan betullah tu. Baik kita tengok diri kita betul... periksa tengok...




*Adaptasi dari Majalah Ujang

Follow by Email

BERSAMA KAMI