BUDAK KECIL DAN API NERAKA


Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala. Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab: “Aku takutkan api neraka.”

Khalifah yang adil itu memujuk: “Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Namun apakah jawapan budak itu? Katanya: “Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting yang kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?”

Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…

Pengajaran: Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan member pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luarbiasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.




*Sumber: Solsusi Isu No. 20

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI