PERBEZAAN ANTARA HIKMAH DAN KEBIJAKSANAAN



Satu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Ketika tiba dipertengah sungai, profesor tadi bertanyakan kepada pengayuh sampan.

Profesor : Engkau pandai menulis dan membaca tak?
Pengayuh Sampan : Tidak, aku buta huruf.
Profesor : Kalau begitu, engkau dah hilang separuh dari hidup kau wahai si
pengayuh sampan. Orang yang tak pandai menulis dan membaca
seolah-olah hilang separuh dari keupayaan untuk hidup.

Keadaan kembali sunyi dan tenteram bersama bunyi-bunyian air yang berombak dan hidupan hutan. Kemudian profesor bertanya lagi.

Profesor : Engkau ada buat simpanan duit kat bank ke?
Pengayuh Sampan : Tak. Pendapatan aku ni cukup-cukup untuk makan je.
Profesor : Kalau macam tu, engkau dah hilang separuh lagi daripada kehidupan
kau. Mana mungkin orang yang takde duit boleh hidup dengan selesa
bila sampai umur tua nanti.

Si pengayuh sampan hanya mampu tersenyum, dan sampan terus bergerak. Tiba-tiba... Prak!

Pengayuh Sampan : Tuan, sampan terlanggar batu!
Profesor : Apa kita nak buat?!

Sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam.

Pengayuh Sampan : Tuan, apakah tuan tahu berenang?
Profesor : Err, err, aku tak tahu berenang...
Pengayuh Sampan : Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!



Pengajaran: Allah s.w.t tidak menciptakan manusia dalam keadaan bodoh. Tetapi manusia yang sering melakukan perbuatan-perbuatan yang bodoh. Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan pastinya mempunyai kebijaksanaan yang berbeza. Bijak belum tentu berhikmah, tetapi dalam berhikmah pasti ada kebijaksanaan. Setiap dari kita mestilah menilai kebijaksanaan dari sudut yang berhikmah agar kebijaksanaan itu tadi dapat dijana ke tahap yang paling maksimum. Jangan merasakan diri itu hina sebaliknya binalah keyakinan diri khususnya disisi Allah s.w.t. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya. Haiya ‘Alal-Falah.




Adaptasi dari Majalah Solusi #16.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI