TERUS MELANGKAH 2010

5 Februari 2010, Kuala Selangor. Alhamdulillah, sekali lagi pertemuan bersama pembantu masyarakat Unit Bina Insan KEMAS Parlimen Kuala Selangor. Perunding Utama Latihan dan Motivasi, Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini telah mengetuai bengkel bagi perlaksanaan modul pengajaran pembantu masyarakat di kelas-kelas bina insan.

Topik yang diperbincangkan pada kali ini ialah mencakupi hal-hal berkaitan ekonomi rumahtangga, ekonomi msyarakat serta ekonomi negara. Amat menarik perbincangan yang mana rata-ratanya menampakkan kekusutan masyarakat Malaysia hari ini dengan kepelbagaian yang tidak terkawal serta masyarakat yang kurang didikan khusunya dari sudut pengetahuan agama.

Kami di IQ Class Management mengharapkan agar usaha untuk memperbaiki pemahaman masyarakat ini terhadap Islam diteruskan oleh mana-mana pihak sekalipun dan ia bukanlah kerja ustazah atau ustaz sahaja, bahkan amanah kepada sesiapa sahaja yang beragama Islam.

Sesi ini berkahir hampir jam 12.00 tengahari dengan membincangkan beberapa modus operandi yang ingin diterapkan di dalam aktiviti Diskusi Ilmiah Kelas Bina Insan. Konsep yang ingin diketengahkan adalah konsep usrah dan ini memudahkan kami kerana ia adalah sebahagian daripada apa yang telah kami amalkan. Semoga usaha ini berterusan dan diberkati Allah s.w.t.

Terima kasih.

Catatan Popular