TEGURAN BERMAKNA DI SK SUNGAI BULOH

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH

28 Januari 2010, Sungai Buloh. Ini merupakan siri ceramah IQ Class Management ke 13 sepanjang 2010 ini bermula. Alhamdulillah, kami tiba bersama salah seorang panel penasihat modul IQ Class Management, Encik Mohd Huzaimi b. Mohd Zaini (Encik Mi). Beliau telah diamanahkan untuk menyampaikan ceramah pada hari tersebut. Encik Mi bertanggungjawab dalam ceramah-ceramah pengurusan masa untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Ceramah bermula pada jam 8.30 pagi selepas mendengar ucapan dan pesanan yang panjang daripada guru bimbingan dan kaunseling SK Sungai Buloh, Cikgu Wan.Perjalanan bermula baik, namun kami agak terkejut apabila mendapati bilangan pelajar melebihi 80 orang. Tetapi itu bukanlah halangan buat kami, khususnya Encik Mi. Ceramah dimulakan seperti biasa dengan pesanan awal SENYUM dan SEDIA.

Seterusnya Encik Mi memanjangkan ceramahnya dengan memperkenalkan masa dan ciri-ciri yang ada pada masa sebelum memulakan perbincangan tentang M.A.S.A yang merupakan isi utama ceramah pada pagi tersebut. Kemudian Encik Mi menyambung perbincangan dengan menyentuh isi utama ceramah berkenaan bagaimana untuk pelajar-pelajar boleh menghargai masa?

Pertama, peserta diingatkan bahawa masa perlu diuruskan. Kedua, ia juga perlu diawasi agar tidak dibazirkan atau disalahgunakan. Ketiga, dengan masa, kita perlu bersabar dan istiqamah. Keempat, masa mestilah diatur dengan baik agar ia digunakan dengan berkesan.

Sesi ini tamat pada jam 10.30 pagi yang berakhir dengan sesi kuiz kepada pelajar. Terima kasih kepada Cikgu Wan yang sudi menjemput kami ke SK Sungai Buloh. Pembelajaran yang amat besar buat kami ialah teguran yang membina telah diberikan oleh Cikgu Wan yang mengingatkan kami untuk lebih berkesan lagi pada masa akan datang. Kami percaya, teguran itu adalah untuk memastikan usaha membangunkan ummat ini berterusan dan bertambah baik. Kami berharap, akan dapat bekerjasama sekali lagi dengan Cikgu Wan demi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

Terima kasih.

ENCIK MI BERSAMA SALAH SEORANG PESERTA

Follow by Email

BERSAMA KAMI