PENGALAMAN PERTAMA 2010; SMK DATO MUSTAFFA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO MUSTAFFA

3 Februari 2010, Sekinchan. IQ Class Management buat pertama kalinya pada tahun 2010 dijemput bagi memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 atas dan tingkatan 5. Suasananya agak berbeza disebabkan oleh kematangan dan seriusnya pelajar-pelajar dalam mendapatkan maklumat dan memahami isi ceramah yang didengari.

Perunding Utama Latihan dan Motivasi, Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini (KAMZ), memulakan ceramahnya dengan menceritakan pengalaman yang dilalui sepanjang perjalanan dari KUala Selangor ke Sekinchan bersama Encik Johari bin Hamzah. Kemudian ceramah beliau memfokuskan kepada bagaimana sebuah cita-cita manusia, mendapat keizinan Allah, akan tercapai dan ianya menjadi sangat bermakna.

Kemudian, beliau meminta pelajar-pelajar tingkatan 6 atas dan tingkatan 5 SMK Dato Mustaffa untuk memulakan pembelajaran dengan senyuman kerana ia adalah merupakan satu tenaga positif yang penting untuk dipancarkan khususnya sebagai seorang pelajar. Pelajar seterusnya membincangkan tentang erti kejayaan pada firasat mereka. Untuk berjaya peserta perlu membentuk diri mereka dengan lebih berkesan dan meletakkan matlamat yang jelas.

Ceramah 'Menjadi Pelajar S.M.A.R.T' mengetengahkan konsep 'S.M.A.R.T' kepada 5 perkara utama bermula dengan pembentukan strategi dalam pelajaran. Kemudian, adalah penting untuk seorang pelajar yang baik mempunyai minda yang lurus bagi mencapai tujuan atau objektif yang telah dibentuk. Keutamaan juga diberikan kepada perubahan sikap, risiko yang bakal mereka depani serta pengurusan masa yang berhemah.

Sesi bermula dari jam 8.00 pagi dan ditamatkan pada jam 10.00 pagi. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Jaafar yang sudi menjemput kami ke SMK Dato Mustaffa walaupun dengan pelbagai halangan dan cabaran yang kami tempuh di sepanjang perjalanan. Semoga usaha para guru SMK Dato Mustaffa akan tercapai dalam melahirkan generasi muda yang terdidik rohaninya dan terpelajar akademiknya.

Terima kasih.

KAMZ BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 5 DAN 6 SMK DATO MUSTAFFA

Catatan Popular