MULAKAN HARI DENGAN POSITIF

"BANGUNLAH DENGAN POSITIF"

Setiap pagi, apabila kita bangun pagi, apa yang akan kita lakukan? Tentu buka mata dan kemudian merungut atau mnggerakkan badan kerana terasa lenguh apabila tidur dalam lingkungan 6 ke 8 jam. Ada juga sebahagian daripada kita yang tidur lewat tetapi terpaksa bangun seawal paginya kerana perlu ke tempat kerja. Bangun dalam keadaan yang penat, mengeluh malas dan tidak bermaya.

Keadaan sebegini mengundang rasa tidak selesa kita seharian. Mulalah kita merasakan, mandi mungkin dapat mengubah keadaan tersebut. Ternyata, tidak sepenuhnya. Mengapa? Kerana, diri kitalah sebenarnya yang mengawal segalanya, bukan keadaan sekitar kita. Keadaan marah atau malas bukan datang kerana rakan atau kesesakan lalu lintas tetapi diri kita yang sebenarnya tidak mampu mengatasi marah dan menghilangkan malas.

Jadi, mulakan pagi-pagi kita dengan beberapa tindakan yang positif kerana jika kita memilih yang negatif, kita mampu untuk memusingkan diri kita 360 darjah kepada keadaan yang lebih teruk lagi. Ambillah 3 langkah mudah ini dengan harapan kita mampu mengubah diri kita menjadi lebih bermotivasi dan berjiwa besar.

1. Apabila bangun pagi, senyum dan berfikir apa sahaja yang positif. Mungkin mimpi atau tentang diri sendiri. Lihat cermin. Tanya dengan diri sendiri, bagaimana saya hari ini? Semalam? Lupakanlah... Teruskan dengan keceriaan hari yang baru ini.

2. Apabila keluar bekerja atau ke sekolah dan pasangkan radio dan dengar perkara yang positif. Bukan 'GOSIP'. Rosak suasana positif kita hari itu. Elakkanlah dari dengar cerita karut marut. Apatah lagi kalau baca suratkhabar. Janganlah baca bab 'Glamor Artis' dulu, carilah cerita yang suka dan baik untuk di baca. Nasihat juga buat akhbar, hidangkanlah cerita positif dimuka hadapan akhbar-akhbar kita.

3. Apabila sampai di pejabat atau sekolah, lemparkan senyuman sebanyak mungkin walau apa keadaan pun yang bakal dilalui. Ia nampak mudah tetapi amat sukar khususnya apabila menghadapi kesempitan seperti tiba lewat. Senyumlah, ia adalah ubat kekusutan dan sedekah pagi yang amat baik. Keluarkan kata-kata permulaan yang hebat, seperti bertanyakan khabardan mendoakan, menyapa dengan pujian juga mungkin dengan beberapa biji kuih untuk dinikmati oleh semua yang di pejabat kita. Macam mana, boleh tidak?

"CERIA DALAM KESUKARAN ADALAH LAMBANG KESABARAN"

Segalanya adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Motivasi Diri Anda hanya akan berfungsi jika anda yang menggerakkan diri anda sendiri. TUNE-lah diri kita bersama.

2 Februari 2010

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI