Januari Terus Berlalu di SK (1) Jalan Meru

SEKOLAH KEBANGSAAN (1) JALAN MERU

28 Januari 2010, Jalan Meru Klang. IQ Class Management telah diundang selama 2 hari berturut-turut bagi menjayakan program yang dirancang oleh pihak SK (1) Jalan Meru pada 27 dan 28 Januari 2010. Ia dimulakan dengan ceramah Kepimpinan Muda P.K.T pada jam 2 sehingga 4 petang, 27 Januari. Ceramah disampaikan dengan baik dan peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dan cemerlang.

Ceramah Kepimpinan Muda P.K.T dimulakan dengan membentuk 'Learning Mode' peserta dan seterusnya memberikan peringatan bahawa seorang yang berada di dalam 'Learning mode' perlu menyediakan alatulis, posisi badan yang betul dan tumpukan perhatian. Selain itu, peserta juga diingatkan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi (PULM) Kamarul Azami b. Mohd Zaini (KAMZ) untuk sentiasa positif dan senyum.

Ceramah pada hari itu dimulakan dengan perbincangan apakah erti kepimpinan muda melalui konsep 'Meja Kaki Tiga'. Seterusnya, peserta didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin melalui ciri-ciri P.K.T.

PULM KAMZ DALAM CERAMAH KEPIMPINAN MUDA P.K.T

Pada keesokan harinya, PULM KAMZ sekali lagi dijemput bagi memenuhi jemputan ceramah yang kedua. Kali ini, sasaran pendengarnya adalah pelajar Tahun 6 SK (1) Jalan Meru. Seperti biasa, PULM KAMZ memulakan dengan peringatan untuk berada di dalam 'Learning Mode'.

Ceramah MOTIVASI CINTA dimulakan dengan nyanyian lagu 5 CINTA dan ceramah diakhiri dengan sesi muhasabah. Sebenarnya, kami berasa terkejut apabila Cikgu Norhayati, yang bertanggungjawab menyambut kami menyatakan, terdapat beberapa orang pelajar yang sudah berkali-kali menghadiri ceramah dan LDK muhasabah sebegini, tetapi, baru kali ini ianya nampak berkesan dan dia menangis.

Apapun, itu adalah usaha yang termampu kami lakukan, hidayahnya dari Allah s.w.t. Semoga usaha pihak sekolah dengan menjemput IQ Class Management ini berbaloi dan dapat memberikan manfaat sebaiknya buat pelajar-pelajar. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya Cikgu Ridzuan yang menjemput dan memberikan kepercayaan kepada kami sekali lagi. Semoga Allah membalas budi baik dan usaha guru-guru sekalian.

Terima kasih.

Follow by Email

BERSAMA KAMI