HARI PERTAMA DI SMK TASEK PERMAI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI

2 Februari 2010, Ampang. Kami memulakan perjalanan Februari dengan melangkah ke SMK Tasek Permai di Ampang seawal jam 8.00 pagi. Kali ini, mandat telah diberikan kepada Encik Mohammad Zaki bin Melatusamsi (Zaki) bagi menyampaikan ceramahnya berkenaan dengan kemahiran belajar. Zaki merupakan perunding yang diberikan amanah untuk membangunkan modul-modul kemahiran belajar serta latihan kecerdasan minda.

Sesi bermula dengan perkenalan diri penceramah kepada peserta. Bak kata pepatah melayu, tidak kenal maka tidaklah cinta. Penyampaian dan perbincangan berlangsung dengan baik dan peserta nampak memberikan perhatian. Sebagaimana yang kerapkali kami peringatkan, apabila pelajar terlalu ramai, tumpuan mereka akan mudah terganggu. Ini antara masalah yang kami lalui. Tetapi, bagaimanapun sebagai penceramah berpengalaman, ia perlu diatasi segera.

Isi utama ceramah berkenaan dengan pemakanan dan keperluan otak untuk ia berfungsi dengan baik. Peserta juga dilatih dengan latihan minda atau 'brain gym'. Kemudian diteruskan dengan latihan kemahiran belajar seperti kemahiran mengingat, mengambil nota dengan peta minda dan sebagainya. Pertemuan dan kehadiran kami ini bukanlah penamat pada hari tersebut sebaliknya, mereka merupakan kelompok pertama yang mendengar ceramah dari Zaki dan kami akan bersama sekali lagi bersama kelompok yang berlainan dan penceramah yang lain pada satu hari yang akan datang.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Emi yang menghubungi kami sejak awal lagi bagi memastikan perjalanan dan persiapan pelajar tingkatan 3 di SMK Tasek Permai cukup bersedia bagi menghadapi peperiksaan PMR akan datang. Semoga usaha yang dilakukan mencapai sasaran pihak sekolah dan mendatangkan natijah yang baik buat pelajar-pelajar SMK Tasek Permai.

Terima kasih.

ZAKI BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 3 SMK TASEK PERMAI

Follow by Email

BERSAMA KAMI