Ceramah MOTIVASI CINTA di SK Taman Selasih

PULM KAMZ MEMULAKAN CERAMAH

25 Januari 2010, Taman Selasih Gombak. Sekali lagi Perunding Utama Latihan dan Motivasi (PULM) Kamarul Azami bin Mohd Zaini beraksi dalam ceramah yang bertajuk, 'MOTIVASI CINTA'. Kali ini, di SK Taman Selasih. IQ Class Management telah bersama pelajar di SK Taman Selasih buat kali ketiga.

Ceramah 'MOTIVASI CINTA' dimulakan PULM KAMZ seawal jam 8.30 pagi. Ceramah ini telah berlangsung dalam 2 sesi. Sesi pertama dihadiri oleh pelajar dari 3 kelas yang belakang manakala sesi yang kedua pula dihadiri oleh pelajar dari kelas hadapan. Perjalanan ceramah lancar walaupun pada awalnya, PULM KAMZ seolah-olah gugup kerana telah lama beliau tidak menyampaikan ceramah ini.

Permulaan ceramah ini mengajak peserta untuk membetulkan minda mereka kepada 'Learning Mode'. Mereka diminta untuk menyediakan alatulis mereka, memperbetulkan posisi badan serta memberikan tumpuan. Peserta juga diingatkan supaya sentiasa positif dan senyum. Kemudian PULM KAMZ memulakan dengan menerangkan apa yang diertikan dengan Motivasi Cinta.

Ceramah dimulakan dengan nyanyian lagu 5 cinta yang juga merupakan isi utama di dalam ceramah ini. Pelbagai kisah, pengalaman dan pengajaran yang diberikan kepada peserta sepanjang ceramah ini sehinggalah ceramah ini diakhiri dengan sesi muhasabah diri kepada peserta. Ceramah ini telah berlangsung dengan jayanya dan diharapkan pelajar akan menjadi anak-anak yang baik serta pelajar yang cemerlang. Terima kasih kepada pihak sekolah khususnya buat Cikgu Suhaizat yang sekali lagi memberikan kepercayaan ini kepada kami IQ Class Management.

Terima kasih.

SEBAHAGIAN PELAJAR MENANGIS DALAM SESI MUHASABAH

Follow by Email

BERSAMA KAMI