4 LANGKAH MENYELESAIKAN MASALAH



Untuk membantu DIRI KITA menyelesaikan masalah, berikut adalah 4 langkah sebagai panduan asas buat DIRI KITA dalam proses penyelesaian masalah. Mulakan langkah pertama hingga ke langkah seterusnya. Ia akan kurang berkesan jika DIRI KITA melangkau selangkah atau DIRI KITA buat sambil lewa.

4 langkah tu dimulakan dengan...

1. Fahami masalah, usah dicari apa puncanya.

Elak untuk berasa sugul atau menganggap DIRI KITA seorang yang malang. Tiada masalah yang kekal. Masalah muncul untuk mematangkan DIRI KITA, mendewasakan DIRI KITA lantas menjadikan DIRI KITA semakin bijak.

Fahami masalah DIRI KITA, dalam dan luar. Elak mencari puncanya kerana perbuatan sebegitu hanya akan menurunkan motivasi DIRI KITA. Makin kita cari punca sesuatu masalah itu, makin kita kurang bersemangat nak menyelesaikannya.

Masalah adalah umpama kita menggali lubang. Makin kita mencari punca masalah, samalah macam makin dalam makin dalam kita menggali lubang itu. Akhirnya kita akan menggali sedalamnya sehinggakan tidak nampak jalan keluar dan bingung bagaimana untuk keluar pula.


2. Tanya diri Anda bagaimana nak selesaikan masalah tu.

Tanya DIRI KITA cara apa yang DIRI KITA boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah. Tanya DIRI KITA dan terus tanya. Cara ini bagus untuk membuat minda separa sedar DIRI KITA terfokus pada penyelesaian masalah lalu ia akan menarik penyelesaian-penyelesaian masalah, bukan berbagai lagi masalah yang membebankan masalah sedia ada. Apa yang banyak kita fikirkan, itulah yang akan muncul dalam hidup kita.

3. Tulis penyelesaian-penyelesaian masalah sebanyak mungkin.

Masalah akan lebih cepat diselesaikan apabila DIRI KITA menulis penyelesaian-penyelesaian yang DIRI KITA fikirkan tadi. Kita akan rugi besar jika hanya memikir penyelesaian tapi gagal menulis setiap satu penyelesaian yang muncul di fikiran.

Apabila menulis penyelesaian tu, DIRI KITA akan lebih senang melakar strategi. DIRI KITA akan nampak jalan penyelesaian masalah. Kemudian, muncul keyakinan yang masalah DIRI KITA itu boleh diselesaikan.

4. Bertindak, tulis untuk rekodkan perkembangan prestasi.

Curahkan lebih banyak masa kepada melaksanakan tindakan. Walau sukar bagaimana sekalipun, fokuskan bertindak.

Hanya tindakan berterusan yang akan menyelesaikan masalah. Dalam konsisten bertindak, tuliskan perkembangan usaha DIRI KITA.

Selepas beberapa ketika, baca balik apa yang DIRI KITA tulis. DIRI KITA akan nampak masalah semakin sampai ke penghujungnya, lantas membuat DIRI KITA makin bersemangat untuk menyelesaikannya.

Apa saja masalah boleh diselesaikan dengan 4 langkah di atas, termasuk masalah kewangan.


---sumber: imotivasi dot com (imotivasi@gmail.com)

Follow by Email

BERSAMA KAMI