PROGRAM WAKTU PERSEKOLAHAN PERTAMA; SK SERI BAHAGIA SG BESAR

PERUNDING BERSAMA PESERTA TERBAIK

Alhamdulillah, program pertama kami berjaya dijalankan. IQ Class Management diwakili oleh 3 orang perunding; En. Kamarul, Encik Johari dan Encik Zaki dan dibantu oleh 2 orang fasilitator iaitu Puan Asmahani dan Saudara Juman. Kem Kepimpinan Muda SK Seri Bahagia atau KeMuda bermula dengan ucapan aluan Guru Bimbingan iaitu Cikgu Khairul Anuar.

Program bermula jam 8.30 pagi dengan taklimat SENYUM dan SEDIA yang disampaikan oleh PULM Encik Kamarul Azami. Permulaan memberangsangkan dan diikuti dengan sesi pertama latihan iaitu perbincangan tentang apa itu Kepimpinan Muda?

Kemudian ia diikuti dengan perbincangan P.K.T yang bermula dengan perbincangan PATUH. Permainan dijalankan oleh En. Zaki dan diteruskan oelh PULM sendiri sehingga kepada perbincangan tajuk yang kedua iaitu KETUA.



Selepas rehat pada jam 11.30 pagi, perbincangan peserta diteruskan dengan tajuk yang terakhir iaitu TELADAN. Sesi berakhir dengan acara penutup yang diakhiri dengan ucapan oleh wakil Guru Besar sekolah iaitu Guru Penolong Kanan HEM.

Kami berharap dan berdoa agar pelajar dapat menjadi pimpinan yang baik dan contoh kepada pelajar lain dalam usaha melahirkan lebih ramai pemimpin yang berketrampilan dan berkaliber. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Khairul kerana kepercayaan yang diberikan kepada kami di IQ Class Management. Semoga maju jaya.

Wallahu'alam.

Catatan Popular