PERMULAAN PERJALANAN 2010; SK PANCHANG BEDENA

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHANG BEDENA

Alhamdulillah, kami di IQ Class Management berasa amat bersyukur kerana telah memulakan tahun 2010 dengan baik bersama dengan persiapan yang lebih rapi serta kematangan yang mampan. Perjalanan kami terasa amat jauh setelah menamatkan tahun 2009 dengan pelbagai pengalaman dan perasaan, ditambah umur yang semakin meningkat, dapat kami rasakan, lebih banyak perkara yang perlu kami ketahui dan pelajari.



14 Januari 2010 dimulakan dengan sesi Ceramah Kemahiran Belajar di SK Panchang Bedena Sabak Bernam. Ia dihadiri pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6. Ceramah telah disampaikan oleh Zaki selama 2 jam bermula 8.30 pagi. Respon peserta amat memuaskan dan ini menjadikan kami lebih bersemangat dan timbul perasaan untuk terus memberikan ilmu dan pengalaman yang ada kepada generasi-generasi muda.



Kami bersyukur kepada Allah kerana telah menggerakkan hati Cikgu Balia kerana sudi mempersila dan menjemput kami hadir ke SK Panchang Bedena untuk menjayakan ceramah ini. Kami harap, dengan usaha bersama ini akan memberikan natijah terbaik buat pelajar-pelajar dan kami doakan mereka berjaya. Buat guru-guru di SK Panchang Bedena, kami doa kalian terus sabar dan istiqamah dalam melahirkan bangsa yang menjulang pada agama, mengangkat bangsa dan setia kepada negara.

Wallahua'lam.

Kamarul Azami bin Mohd Zaini
14 Januari 2010

Catatan Popular