MINGGU YANG DISIBUKKAN

Zaki di SK Taman Selasih

Kami telah melalui minggu-minggu yang amat sibuk. IQ Class Management telah memenuhi undangan ceramah secara berterusan dan ini membolehkan kami memperbaiki teknik dan menambah pengalaman untuk kami beraksi dan menyampaikan ilmu bimbingan dan tambahan buat ummat manusia yang semakin hari semakin tenat ini.

Setelah ruang dan masa kami Allah peruntukkan di SBPI Sabak Bernam, pada 19 Januari 2010, IQ Class Management bergerak ke Gombak pula. Ceramah di SK Taman Selasih selama 3 hari dengan hari-hari yang berikutnya pada 20 dan 25 Januari 2010. Zaki selaku penceramah untuk hari perta menyampaikan ceramah Kemahiran Belajar. Ceramah yang disampaikan sebanyak 2 slot itu memberikan kami pengajaran penting. Menghadapi pelajar-pelajar yang telah dikelaskan pencapaian mereka, ternyata, tenaga kami lebih banyak tertumpu kepada pelajar yang pencapaian mereka rendah. Pelajar ini sepatutnya didahulukan dari segala segi kerana keupayaan dan penerimaan mereka yang terhad.

Pada hari kedua (20 Jan) disampaikan oleh Huzaimi dan pada hari ketiga pula oleh Kamarul. Terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Suhaizat kerana memberikan kepercayaan untuk tahun kedua kami bersama pelajar SK Taman Selasih. Semoga guru-guru di SK Taman Selasih berpuashati dengan penyampaian dan persembahan kami.

Huzaimi di SK Simpang Lima Sungai Besar

Ceramah kami diteruskan pada 21 Januari di SK Simpang Lima Sungai Besar oleh Huzaimi. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan sekali lagi kami diberikan sambutan hangat. Kami sedar dan barulah kami ketahui bahawa, diluar bandar, sekolah-sekolah yang dikenali sebagai sekolah kampung juga mempunyai misi, visi dan harapan yang besar dalam mendidik pelajar-pelajar. Oleh yang demikian, kami amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Cikgu Anim dan guru-guru yang memberikan kepercayaan kepada kami.

Kami pelajari bahawa, dalam usaha memberikan motivasi dan semangat belajar kepada pelajar-pelajar, wang atau duit adalah semata-mata nafkah dan hak yang Allah tentukan berdasarkan kerja yang dilakukan ikhlas kerana-Nya. Apa yang utama adalah, penambahbaikan manusia dari ilmu yang mereka terima, kesedaran dan kesungguhan mereka untuk menjadi lebih baik. Yang dikejar bukanlah keuntungan tetapi keberkatan dalam kerja dakwah dan menyebarkan pesanan yang baik. Itu pasti, Allah akan nilai dengan sebaiknya.

Catatan Popular