KEMBALI BERSAMA PELAJAR SK CONVENT JALAN PEEL

SK CONVENT JALAN PEEL

15 Januari 2010, IQ Class Management kembali beraksi di SK Convent Jalan Peel. Sudah sekian tahun IQ Class Management bersama pelajar-pelajar SK Convent Jalan Peel dan sehingga kini, khidmat kami masih diharapkan oleh pihak sekolah. Ini menyebabkan, perlunya pihak kami untuk membuat pelbagai pembaharuan dalam memberikan input serta corak penyampaian ceramah agar ia tidak bosan, 'stereotype' atau tidak interaktif.

Ceramah 'Aku Ke Dunia Baru' merupakan idea modul ceramah terkini yang diperkenalkan oleh IQ Class Management dan telah disampaikan oleh Encik Kamarul Azami dengan jayanya. Ceramah yang bermula jam 10.00 pagi ditamatkan pada jam 11.30 pagi dengan tepukan gemuruh dan keseronokan jelas terpancar diwajah pelajar-pelajar tahun 4 SK Convent Jalan Peel.

Kami berharap, usaha yang bertahun-tahun ini, dapat memberikan natijah dan pengajaran yang besar buat kami, guru-guru si SK Convent Jalan Peel dan apatah lagi pelajar-pelajarnya. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya Puan Marlia atas kepercayaan yang diberikan saban tahun untuk kami mengetengahkan apa yang kami ada dan upaya untuk disampaikan.

Wallahua'lam.

15 Januari 2010

Catatan Popular