CERAMAH UNTUK SEKOLAH BERASRAMA PERTAMA; SBPI SABAK BERNAM

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SABAK BERNAM

Alhamdulillah, perjalanan kami terus dipermudahkan. Kali ini, pada tanggal 18 Januari 2010, kaki kami telah dipandu Allah untuk sampai ke SBPI Sabak Bernam. Nun jauh dihujung laluan merentasi Bagan Nakhoda Omar, tersergam sebuah sekolah yang aman dan tenteram serta menampakkan kemegahan sebagai sekolah antara yang terbaik diantara SBPI di Malaysia.

Ceramah kami kali ini khusus buat pelajar-pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dipenghujung 2010. Alhamdulillah penyampaian Ceramah Membina Peripadi Pelajar SMART, diharapkan dapat mendorong pelajar untuk lebih memikirkan manfaat masa hadapan serta cita-cita agung yang sepatutnya dicapai.



Sesi ceramah dibahagikan kepada 2 kelompok. Sesi pertama bermula pada jam 3.00 petang manakala sesi kedua bermula pada jam 8.15 malam. Segalanya berjalan lancar dengan keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru-guru hebat dari SBPI Sabak Bernam.

Kami di IQ Class Management mendoakan agar, pelajar-pelajar SBPI Sabak Bernam yang bakal menduduki SPM 2010 akan mendapat keputusan 10A+ seratus peratus dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Buat guru-guru, terima kasih kami ucapkan atas usaha kalian yang tidak jemu-jemu mendidik anak bangsa ini. Khususnya buat Cikgu Rasyid dan Ustaz Ahmadi yang telah memberikan sedikit sebanyak maklumat dan berkongsi pandangan dan cita-cita dalam melahirkan generasi terbaik selepas ini. Semoga usaha dan jasa kalian dibalas Allah dengan sebaik-baiknya.

Wallahua'lam. Sekian, terima kasih.

Catatan Popular