TAHUN 2010



Alhamdulillah. Kita sudah menghampiri penghujung tahun 2009 dan bakal menemui tahun baru iaitu tahun 2010. IQ Class Management bermula tahun 2010 akan melakukan beberapa perubahan besar dalam syarikat dari sudut struktur organisasi, program yang ditawarkan serta latihan fasilitator untuk memperbaiki dan menjadikan kami lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Antara sasaran yang bakal kami usahakan adalah;

1. Bentuk modul yang lebih terkini, komprehensif dan mencapai kelompok sasaran yang lebih besar;
2. Melatih lebih ramai fasilitator mahir dan berbakat untuk sama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat;
3. Memperbaharui sebutharga yang ditawarkan sejajar dengan perkembangan ekonomi dan kewangan semasa negara serta;
4. Memperkenalkan penstrukturan baru dalam IQ Class Management.

Sehingga kini, kami masih dalam pembaikan dan proses ke arah yang disasarkan. Oleh yang demikian, diharap para pembaca yang setia mengikuti blog ni dapat menunggu perubahan yang diharap dapat menyegarkan lagi dunia latihan dengan aktiviti yang lebih memberikan kesan pembelajaran. Semoga para pembaca pelanggan dan semua yang bersama IQ Class Management akan mendapat manfaat bersama.

Kamarul Azami bin Mohd Zaini
30 November 2009

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI