Kepimpinan Islam





Alhamdulillah, pada 12 sehingga 15 Oktober juga 26 sehingga 29 Oktober 2009, kami akan berprogram bersama kelompok pejuang negara dari TUDM untuk sebuah kursus yang diberi nama Kursus Kepimpinan Islam. Kursus yang dianjurkan oleh Maktab Pendidikan Udara TUDM bersama MQ Excellence Resources telah bersetuju melantik pihak IQ Class Management untuk menjadi pengendali dari segi Jurulatih, Fasilitator dan Penceramah.

Berlangsung selama 4 hari 3 malam, peserta akan dihidangkan dengan beberpa aktiviti bermodul di dalam dewan bersama pembentangan dan ceramah yang akan diisi oleh pembentang hebat iaitu Profesor Dr. Sidek Baba (Cikgu Sidek) dan Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman. Aktiviti ini dijangka menghangatkan perbincangan tentang kepimpinan Islam yang merupakan contoh dan model terbaik yang perlu digunapakai dalam membina sebuah organisasi yang mampu bersaing dalam apa jua konteks dan tekanan persekitaran.

Kepimpinan Islam wajar memiliki beberapa ciri yang jauh berbeza dengan mana-mana contoh kepimpinan yang lain. Maka perbezaan inilah yang bakal dibincangkan bersama peserta agar ia jelas dan melihat kepada contoh-contoh kepimpinan yang mengkagumkan pada zaman mereka. Inilah usaha kita mendahului keupayaan yang mungkin kita ada. Namun, ia ada permintaannya, maka tidak mustahul untuk kita memulakannya.

Kamarul Azami b. Mohd Zaini
Perunding Utama Latihan dan Motivasi
IQ Class Management

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI