KASIH SI IBU DAN KASIH SI AYAH



“BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik.”

Teringat akan satu pengalaman berkursus yang lalu Seperti biasa, apabila bersama peserta ketika menjamu selera, pelbagai isu dan cerita dikongsikan sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut mengisi tembolok yang sentiasa laparkan makanan. Di ketika sibuk bercerita, seorang lelaki yang juga si ayah bercerita tentang pengalamannya berulang-alik jauh. Si anak dan isteri ditinggalkan di pantai timur negara, manakala si ayah sibuk bekerja siang dan malam mencari rezeki ditengah hiruk pikuk bandaraya Kuala Lumpur.

Begitulah keadaannya. Sehinggakan pada sesi yang terakhir, si ayah ini diminta untuk membuat satu teks ucapan. Maka teksnya ditujukan kepada anak-anaknya. Sambil membaca teks ucapannya, tiba-tiba, si ayah tadi terdiam. Berlinang airmatanya, merah mukanya menahan sebak yang tidak terkata. Inilah yang penangannya kasih sayang seorang ayah dan ibu kepada anak-anaknya. Harapan yang ditinggalkan cukup besar dan tinggi. Namun adakah kita berjaya menjadikan anak-anak ini sebagaimana yang diidamkan?

MAri kita berkongsi sedikit tips bagaimana kasih sayang si ayah dan si ibu ini dapat diterjemahkan ke dalam kehidupan anak-anak dengan lebih bermakna lagi.

1. Jadilah contoh.

Khususnya dalam aktiviti harian kita. Soalkan diri kita. Adakah kita ke surau solat berjemaah? Adakah kita seorang perokok? Adakah kita seorang yang mahu belajar? Adakah kita seorang yang mengambil berat? Ingat anak-anak akan belajar dari kita, bukan di alam persekolahannya. Apabila mereka bergaul dengan yang lainnya, ia hanya akan menjadikannya lebih teruk, bukan mereka belajar sesuatu yang baru.


2. Mendisiplinkan anak

Jangan kita simpulkan bahawa disiplin adalah sama atau serupa dengan hukuman. Ia adalah 2 perkara yang berbeza. Disiplin adalah salah satu cara untuk kita membudayakan sesuatu tabiat dalam diri anak-anak kita. Mungkin dengan cara hukuman, latihan, pembinaan tabiat serta menjadikan aktiviti harian sebagai rutin.


3. Memahami anak

Bagaimana? Kita buka mata, hati dan akal kita. Mereka semakin cerdik hari ini, makin pandai dan mempunyai pelbagai maklumat. Bangun malam wahai ibu bapa, solat tahajjud dan lakukan solat hajat.


4. Pemakanan sihat

Perhatikan apa yang kita bawa pulang. Ia bukan sekadar sihat untuk pemakanan mereka bahkan yang syak, yang haram apatah lagi. Nilai kerja kita dengan gaji yang kita bawa pulang. Adakah ia diberkati?


5. Aktiviti fizikal

Lakukan aktiviti fizikal bersama. Bersiar-siar atau melakukan kerja rumah. Jangan biarkan mereka duduk berjam-jam dihadapan televisyen tanpa sebarang aktiviti bersosial dalam keluarga. Sayang sekali.


6. Berkomunikasi secara efektif

Tanya, bercakap, sentuhan dan pesanan itu penting. Lihat mata mereka apabila bercakap. Ungkapkan terima kasih, tahniah dan maaf kepada mereka. Jangan malu wahai ibu ayah. Mereka perlu memahaminya. Jadilah contoh dan teladan yang baik.


7. Sentiasa bersedia

Apa sahaja yang berlaku adalah ketentuan dari-Nya. Redha dan jangan berputus asa. Buat persiapan sebelum berhadapan dengan keadaan yang tidak dingini. Pasti akan berlaku jika kita terleka walaupun sebentar. Jangan salahkan mereka semata-mata, muhasabah diri kita juga.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI