Matlamat Bekerja Pemangkin Motivasi Diri

Pernahkan kita terfikir, apakah sebabnya kita pergi bekerja? Apa sebabnya kita bangun pagi? Mengapa aku perlu mengejar masa untuk masuk ke pejabat? Apa matlamat kita sebenarnya?

Kebiasaannya, kita hanya akan memikirkan beberapa perkara berikut;
1. Sibuknya bekerja.
2. Hutang, anak-anak di rumah, belanja hujung bulan nanti.
3. Sikap dan ragam rakan sekerja yang kita tidak suka.
4. Ketua yang hanya tahu memarah dan mengarah.
5. Bagaimana nak berehat di rumah nanti, banyak kerja-kerja belum siap sedang menanti.


Inilah dia antara sebab mengapa, walaupun kita sentiasa berdoa, namun Allah tidak mendatangkan apa yang kita minta kerana, ia perlu bermula juga dengan pembetulan diri sendiri. Muhasabah diri. Untuk meraih keberkatan rezeki, bermula dengan doa dan diikuti dengan usaha yang murni dan bersungguh-sungguh. Kelemahan ini berpunca dari tahap motivasi diri kita yang rendah pada setiap hari apabila kita memulakan hari yang baru. Kita pasti masih mengingati pesanan, hari ini mesti lebih baik dari semalam dan hari esok mesti lebih baik dari hari ini bukan?

7 perkara mengapa kita hilang motivasi diri yang mampu memesongkan matlamat kita seharian adalah;
  1. Tidak memaafkan kesalahan-kesalahan orang lain sebelum tidur kita. 
  2. Lupa untuk mengingati Allah dalam setiap perkara dan tindakan kita. 
  3. Tidak bertenaga dan tidak pandai mengekalkan tenaga. Lesu dan tidak bermaya. 
  4. Kerap dikuasai emosi - biasanya marah, dendam, cemburu dan dengki. Elakkanlah. 
  5. Gagal menyempurnakan ibadah-ibadah wajib pada waktunya dengan segara. 
  6. Gagal menyempurnakan hak orang lain, terutamanya janji. Berpegang kepada pegangan 'janji melayu'. 
  7. Tidak ada matlamat dalam kerjaya, cuma matlamat kewangan semata-mata.

Hisablah diri kita sebelum kita dihisab Allah s.w.t dan TUNE lah diri kita.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI