Kekalkan Perubahan Positif Dalam Diri Kita

"Perubahan Mestilah Dengan Persiapan Jiwa"



Mahu berubah? Kebiasaannya memang sukar untuk berubah. Ia melibatkan penghijrahan diri yang ketara dan sangat sukar untuk diterima akal dan jiwa kerana menyimpan kebiasaan yang kita rasakan akan kekal bersama kita. Lihat sahaja orang yang berpindah, bertukar kerja bahkan contoh pada sejarah hijrah Rasul Agung kita sendiri. Meskipun begitu, tidak ada sebarang kemustahilan untuk kita manusia berhijrah atau berubah khususnya kearah yang lebih berfaedah dan terbaik.

Setiap perubahan yang berlaku pasti membawa kebaikan namun perubahan itu akan datang dengan pelbagai cabaran sebagaimana kisah yang dapat kita tonton pada hari aidilfitri yang ke 4 yang bertajuk Doa Ibu lakonan Jehan Miskin. Cerita yang memang benar-benar memberikan kita pengajaran besar khususnya kepada mereka yang benar-benar ingin berubah. Sesungguhnya Alla tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika tidak kaum itu yang mengubahnya.

Antara langkah-langkah dan tindakan yang dapat kita aplikasikan dalam mengekalkan perubahan positif kita adalah:

1. Bertekad dan tetaplah pendirian untuk meneruskan perubahan. Walaupun penghinaan dan apa sahaja ujian yang di datangkan Allah itu pasti menggoyah niat dan perubahan yang ingin kita lakukan. Ia pasti dan Allah tidak menjadikan kita insan beriman hanya dengan memberikan kemudahan? Pastinya tidak semudah itu. Saya teringat cerita rakan saya tentang kata-kata Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya tentang kesabaran baginda berhadapan dengan tohmahan dan angkara jahat kafirun, baginda bersabda, kejahatan mereka tidak akan mengurangkan kebaikan aku. Jangan selitkan satu pun perkara negatif semula.

2. Kekalkan disiplin dalam diri. Benteng utama dan terakhir apabila kita berdepan dengan hasutan hawa nafsu dan syaitan. Latihlah diri kita untuk mengekalkan perubahan yang hendak dibuat. Kalau perlukan senarai kerja atau senarai periksan untuk didisiplinkan, maka itu juga salah satu cara untuk kita belajar mendisiplinkan diri. Lakukanlah ia sehingga menjadi sebati dengan peribadi kita.

3. Gesa dan peringatkan diri dengan percakapan yang positif. Nasihat diri dengan cara merangsang diri sendiri dan juga bersama mereka yang sentiasa positif untuk memberikan nasihat kepada kita. Perbanyakkan meminta nasihat kerana, tanggunghawab seorang Muslim kepada Muslim yang lain antaranya adalah memberikan nasihat apabila diminta olehnya.

4. Gambarkan diri kita yang kita mahukan. Bayangkan kita dengan apa yang kita sendiri mahu menjadinya. Ia sukar, tetapi penting untuk dilakukan. Kadangkala mungkin mudah dengan cara kita menuliskan ia di atas helaian kertas atau gambarkannya melalui lukisan, mungkin itu akan jadi lebih menarik. Ini akan mampu menggerakkan minda separa sedar kita yang berkuasa untuk mengeluarkan tenaga yang terpendam di dalam diri kita.

5. Percayalah, setiap apa yang dijadikan Allah pasti ada sebabnya, dan Allah sentiasa memberikan kita pilihan untuk kita memanfaatkan akal dan menggunakannya dengan betul. Allah tidak menciptakan manusia atas tujuan menjadikan mereka negatif, tetapi pilihan mereka adalah puncanya. Ini bermakna, disebalik pilihan negatif pasti akan ada pilihan positif, dan setiap pilihan positif pasti akan bertemu dengan pelbagai ranjau dan risiko darinya.


TUNE-lah diri kita.

Follow by Email

BERSAMA KAMI