Gaji Bukanlah Faktor Motivasi Sebenar

"Janganlah Tersalah Anggapan"


Pekerjaan adalah suatu amanah yang Allah berikan kepada manusia. Ganjarannya pasti ada. Kerana, ganjaran dan balasan adalah atas kekuasaan Allah. Jadi lakukanlah amanah dengan jujur dan bersungguh-sungguh nescaya balasannya pasti ada. Bahkan untuk mereka yang redha dengan ketentuan Allah, maka mereka pasti akan menerima lebih dari-NYA.

Hari ini, mengapa kita sanggup bekerja? Kerana gajinya bukan? Kenapa kita bertukar kerja? Juga kerana gajinya lebih lumayan bukan? Apakah matlamat sebenar kita untuk bekerja? Adakah semata-mata gajinya?

Sekiranya kita ini menjadi manusia yang hanya bergantung jarap dan motivasinya hanya kepada gaji ini, maka kita ini bolehlah dikatakan manusia yang hanya sia-sia sahaja dalam kehidupannya. Mengapa? Gaji adalah perkara yang statik, tidak berubah, sama ada kita buat kerja atau tidak buat kerja, gaji tetap ada dan akan masuk pada setiap bulan sebagai tanda kita bekerja. Pada hakikatnya tidak.

Gaji adalah sesuatu yang pasti kita akan perolehi. Yang pentingnya adalah kerja. Apabila gaji ini statik, dan kita terus mengharap pada perkara yang statik, maka kita adalah seorang pekerja dan manusia yang sia-sia. Oleh kerana itu, di dalam pekerjaan, janganlah dijadikan gaji itu sebagai sumber motivasinya, tetapi lihatlah apa matlamat sebenar kita bekerja dan apa matlamat sebenar untuk kita hidup.

Apabila motivasi diletakkan pada gaji, apa akan berlaku kepada kita?

1) Timbul rasa malas apabila tiada bonus. Rasa kerja kita tidak dihargai. Mulalah mogok dan sebagainya sedangkan gaji kita terus dibayar, dan setiap gaji yang dibayar ada tuntutan kerja ke atasnya.

2) Tiada usaha untuk memperbaiki diri kerana berasa cukup dengan apa yang ada. Akhirnya, peningkatan diri kita digesa oleh majikan tetapi bukan lagi datang dalam diri kita.

3) Tiada keikhlasan di dalam melaksanakan arahan dari majikan. Kita merasakan majikan hanya ingin menyusahkan kita dengan memberikan arahan untuk menyertai pelbagai kursus. Apabila kursus yang dihadiri tiada elaun, bertambah lagi berganda-ganda kemalasannya.

Semua ini berpunca dari rasa motivasi pada duit gaji. Elakkanlah, tanamkanlah konsep SMART dalam setiap diri kita apabila keluar bekerja iaitu;

1) Senyuman. Agar permulaan hidup kita penuh dengan keredhaan dan keikhlasan.
2) Matlamat yang jelas. Bukan sekadar menghabiskan masa kerja, tetapi menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.
3) Akhlak yang baik. Mudah membantu, menerima pandangan dan teguran, perbaiki diri untuk bertambah baik dan sentiasa menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain.
4) Rancang setiap kerja dan tindakan. Mulakan dengan perbincangan dan perkongsian idea yang bebas.
5) Toleransi dalam pekerjaan. Janganlah mengutamakan diri dalam apa jua keadaan, tetapi utamakanlah orang lain dalam setiap keadaan.

TUNE-lah diri kita.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI