Berdoa Dalam Mencari Keberkatan Rezeki


Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud, sebuah doa yang amat perlu untuk diamalkan yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari lemah dan malas, aku berlindung kepadaMu dari sifat penakut dan kebakhilan, aku berlindung kepadaMu dari lilitan hutang dan penindasan orang."


Inilah yang menjadi syarat pertama dalam usaha kita seharian dalam mencari dan mengharapkan rezeki yang halal dan berkat untuk dibawa pulang untuk dihidangkan kepada anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Doa ini mengajarkan kita agar bersifat rajin dan bersemangat tetapi bukan berlemahan dan bermalasan. Ia juga mengajar kita agar bersifat pemurah dan berani kerana kebenaran dan bukan pula menjadi penakut dan kedekut. Ia juga melatih kita untuk sentiasa optimis dan berfikir positif terhadap kehidupan berbanding bersifat rendah diri dan mengalah di dalam kehidupan yang hak milik mutlaknya adalah Allah s.w.t.


Doa ini juga mengingatkan kita tentang tanggungjawab dan peranan khususnya di dalam melayari kehidupan hari ini yang penuh dengan leka dunia dan penindasan yang tidak pernah disangka-sangka. Kehidupan yang dikelilingi dengan hutang hanya untuk mendapatkan kehidupan yang selesa di dunia yang ternyatalah bagi kita semua yang hanya sementara. Doa ini juga memberitahu dan mengajar kita untuk sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain.


Kamarul Azami bin Mohd Zaini
Perunding Utama Latihan dan Motivasi
IQ Class Management
4 September 2009

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI