Bahayanya Berfikiran dan Berkelakuan Negatif

Negatif bukan sesuatu yang menyihatkan.



Terlalu banyak perkara dan perbuatan hari ini yang tidak kita sedari sebenarnya memberikan kesan negatif untuk diri kita sendiri. Apa yang harus kita ketahui, Allah ciptakan kita dengan kuasa positif dan negatif. Apabila positif dilontarkan, maka semua yang positif akan kembali kepada kita, jika dilontarkan yang negatif maka semua yang negatif akan kembali juga kepada kita.

Oleh yang demikian, setiap kali kita berfikiran atau berbuat negatif, maka cas negatif ini akan rapat dan memenuhi ruang sekitar kita. Ia bukanlah suatu kebetulan, tetapi kita selalu diingatkan, setiap apa yang kita cakapkan itu doa, dan kita adalah apa yang kita fikirkan. Oleh yang demikian;

1. kita adalah orang yang amat rugi apabila selalu atau sentiasa berfikiran dan berperbuatan negatif. Amat rugi, kerana balasan yang diterima juga negatif.

2. Kita juga akan menjadi kurang bermotivasi, lemah semangat, kerana yang penuh dalam cas badan adalah negatif. Bila kita kata negatif, maka ianya dapat kita fahami bahawa tidak sihat. Jadi, mulalah berasa lain macam.

3. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah membalas perbuatan negatif dengan negatif, kenapa? Kerana jika kita balas negatif, ia akan dibalas semula dengan nagatif. Jika kita mulakan dengan negatif, orang akan balas dengan negatif. Jadi Nabi Muhammad berkata apa dalam hala ini? Kejahatan orang lain tidak akan mengurangkan kebaikan aku. Menarikkan.

4. Anda ialah apa yang anda makan dan fikirkan. Jadi, kita akan menjadi orang yang dipenuhi dengan sifat-sifat negatif. Ini paling berbahaya. Maka atasilah pemikiran dan perbuatan negatif.

Sekadar peringatan kita yang selalu berfikir negatif. Apa yang paling sedih apabila kita mula memikirkan hal yang negatif berkaitan dengan Islam dan keyakinan kita kepada Kuasa dan Kehendak Allah itu semakin kabur. Naz'uzubillah. Perbaiki diri kita bersama. TUNE diri kita.





Rujukan artikel dari http://www.imotivasi.com.

Follow by Email

BERSAMA KAMI