Bagaimana Mahukan Ketenangan dan Aman.

Ketenangan sering dikaitkan dengan lautan.



Ketenangan adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh setiap manusia khususnya apabila mereka menghadapi kekalutan dan huru-hara di dalam kehidupan mereka masing-masing. Ketenangan akan hadir melalui proses tindakan kawalan minda yang rasional, positif dan tidak di dalam keadaan tergesa-gesa.

Terdapat beberapa cara atau langkah yang dapat kita lakukan untuk kia sentiasa tenang dan aman dalam melakukan apa sahaja seharian, baik di rumah, di tempat kerja mahupun di pusat membeli belah ketika kita sedang membeli barang-barang keperluan harian kita bahkan apatah lagi apabila berhadapan dengan buku ketika mengulangkaji pelajaran.

1. Kerapkanlah berdoa wahai teman-temanku. Sesungguhnya ketenangan itu hadir melalui hikmah dan petunjuk dari Allah s.w.t. Ia tidak perlu semata-mata sesudah solat kita, tetapi juga di dalam hati dan pada saat kita memerlukan sangat-sangat pertolongan Allah. Siapalah yang tahu apa yang terbaik untuk kita jika tidak Allah s.w.t.

2. Bawa-bawalah bertenang dalam setiap perkara yang dikerjakan. Jangan biarkan dro melakukan sesuatu itu dengan tergopoh-gapah. Walaupun dalam keadaan berniaga, belajar kerana setiap amalan yang diikuti dengan niat itu adalah ibadah. Maka setiap ibadah perlu dilakukan dengan khusyuk dan tenang. Berwudhu'lah sentiasa. Datangkanlah keseronokan dalam jiwa apabila melakukan sesuatu.

3. Bernafaslah dengan cara yang betul. Bagaimana? Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan selama 7 lima saat (atau 7 saat) kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan 10 saat. Lakukan banyak kali dalam sehari. Selain menenangkan, ia membuat fikiran Anda lebih positif kerana latihan pernafasan teratur membuang semua fikiran-fikiran negatif. Ia juga mampu memberikan kesihatan kepada paru-paru kita yang jarang kita gunakan sepenuhnya kerana terleka dengan kesibukan. Lakukannya pada setiap waktu khususnya awal pagi (udara segar).

4. Kawal emosi melalu pengawalan 'event, mind, oral, social and impression'. Kita mengawal apa yang berlaku disekitar kita dengan sempurna. 90% keadaan berlaku adalah dibawah kawalan kita sendiri manakala 10% lagi diluar kawalan kebiasaannya, kita gagal mengawal 90% darinya, dan dikawal oleh 10% itu. Maka kawallah keadaan, pemikiran, percakapan, hubungan sosial dan gambaran kehidupan kita. Senyumlah selalu.

Follow by Email

BERSAMA KAMI