Kem Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik Murid SK Sinaran Budi



Alhamdulillah, pada 8 dan 9 Ogos yang lalu, IQ Class Management bersama Perunding Utama Latihan dan Motivasi juga 8 orang FaDelaT telah berjaya menjalankan Kem Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik Murid SK Sinaran Budi di Kem Rimba Ria Suara Hutan Sungai Congkak. Antara objektif besar kem ini ialah;

1. Mengenalpasti potensi diri untuk berjaya;
2. Meningkatkan daya motivasi diri untuk menjadi pelajar cemerlang;
3. Mengetahui peranan sebagai pelajar dan anak;
4. Membina sahsiah diri yang positif yang mendorong kepada kecemerlangan.




Facilitating and Development Team atau FaDelaT IQ Class Management telah diwakili oleh lapan orang kesemuanya. 4 dari UiTM Shah Alam dan 4 dari UIAM Nilai. Mereka ialah;

1. Abang Wan
2. Abang Juman
3. Abang Naim
4. Abang Dzariff
5. Kak Lin
6. Kak Bee
7. Kak Yan dan
8. Kak Ana.

Secara keseluruhannya perjalanan kem berjalan lancar dan dibantu oleh adik-adik peserta yang aktif dan memberikan kerjasama yang membanggakan. Namun demikian, masih ada juga ruang-ruang yang perlu kami perbaiki agar program-program mendatang menjadi lebih baik dan lebih berkesan. Antara kelemahan yang perlu diambil perhatian ialah;

1. Pemilihan tempat yang lebih sesuai untuk aktiviti LDK;
2. Penampilan diri fasilitator serta;
3. Disipli waktu untuk memula dan menamatkan aktiviti.

Selain itu juga, perhatian perlu diberikan kepada pihak kem yang mana persiapan tempat, penyediaan makanan serta penginapan yang agak mendukacitakan khususnya layanan kepada fasilitator dan guru-guru. Tetapi bagi kami, ia bukanlah semata-mata menghalang untuk memastikan adik-adik berada di dalam program yang baik dan menyeronokkan.



Kami di IQ Class Management mengucapkan tahniah kepada kumpulan 8 (Kumpulan Kak Yan) serta Syaza dan Firdaus kerana masing-masing menerima hadiah selaku kumpulan dan peserta terbaik. Semoga kem ini menjadi kenangan buat kita semua. Terima kasih kepada pihak sekolah khususnya Puan Hasniah, Encik Rosli dan Puan Sherry yang bersama-sama dan bertungkus lumus menjalankan program selama 2 hari 1 malam ini. Tidak dilupakan kepada guru-guru yang turut hadir yang tidak dapat kami senaraikan disini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah;

1. LDK
2. Solat berjemaah
3. Permainan di air dan
4. Kembara Ilmu


Tidak lupa kami ucapkan jutaan terima kasih dan pernghargaan kepada Encik Yahya selaku Penolong Kanan Ko-Kurikulum kerana mewakili pihak sekolah merasmikan Majlis Perasmian Penutup kem yang berlangsung pada jam 12.00 tengahari Ahad, 9 Ogos 2009. Sekian.






"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular