IQCM bersama Pelatih-pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan



18 dan 19 Ogos 2009, kami di IQCM telah bersama pelatih-pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dalam Perkhemahan Membina Sahsiah Gemilang (MesSaGe 2009). Program yang berlangsung di Sabak Bernam ini lebih tertumpu kepada pembinaan sahsiah diri pelatih yang rata-ratanya terdiri daripada wanita yang telah melakukan kesalahan dari sudut syariah dan majoriti mereka adalah dari kalangan pelajar di bawah umur.


Program ini berlangsung dengan jayanya, tetapi kami dari IQCM tidak dapat diwakili oleh mana-mana fasilitator wanita. Ini agak menyukarkan perlaksanaan aktiviti kami. Namun perjalanan keseluruhan aktiviti lancar dan komen-komen yang dicatatkan peserta amat-amat memberangsangkan.


Pada hari pertama, bermula pagi, PULM memulakan sesi dengan taklimat MesSaGe. Aktiviti diikuti dengan pembinaan kumpulan (bendera) dan memasang khemah. Pada sebelah petang selepas Zohor pula, bersama pelatih menjalankan aktiviti yang agak lasak bersama hujan yang turun membasahkan suasana aktiviti.


Pada malammnya pula, keadaan hujan semakin lebat dan aktiviti dituruti dengan aktiviti memasak dan membakar ayam juga permainan XY. Pada keesokannya pula, pagi pelatih dimulakan dengan aktiviti memasak sarapan pagi, taklimat kecemasan serta aktiviti tali, memasak makan tengahari dan diakhiri dengan resolusi pada jam 3.30 bersama kisah Pak Diki. Akhirnya sesi berakhir selepas solat Asar dengan majlis penutup yang diwakili oleh Puan Afniza bagi pihak Baitul Ehsan MAIS.

Semoga program ini diberkati Allah s.w.t.
"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular