PERANAN-PERANAN SEBAGAI SEORANG FASILITATOR 1


Sebelum kita melangkah kepada perbincangan secara khusus, apakah peranan sebenar sebagai seorang fasilitator, terdapat 3 ciri yang perlu menjadi keutamaan dalam membina personaliti sebagai seorang fasilitator yang berkesan. Pembinaan personaliti ini adalah amat penting bagi memastikan keberjayaan dalam menyampaikan maklumat serta memberikan impak kepada si pendengar dan ahli kumpulan fasilitator itu sendiri.


Kerapkali berlaku, apabila seseorang fasilitator yang menghadiri kursus atau program, mereka gagal untuk menjadikan diri mereka sebagai ejen perubahan. Mereka juga gagal untuk membawa misi penting sebagai manusia biasa yang bekerja secara luar biasa. Hasilnya, setiap kerja yang dilakukan tidak memenuhi permintaan serta menjadikan bidang kefasilitatoran ini hanya sekadar perkara kecil yang tidak mendatangkan apa-apa kesan baik kepada masyarakat khususnya mad’u atau peserta itu sendiri.

Kelemahan ini akan menjadi penyakit dan akhirnya setiap individu yang menjadi fasilitator tidak akan menghasilkan kesan kepada ahli kumpulan mereka dan berakhir dengan sia-sia. Ia perlu diperbaiki dan ia pastinya tidak sepatutnya begitu. 3 ciri utama yang harus dipegang oleh seorang fasilitator, ditanam, diasah dan dilahirkan dari segi perbuatan harian adalah kejujuran, kesungguhan serta kreatif. 

KEJUJURAN
Kejujuran berasal dari perkataan jujur. Menurut kamus dewan edisi ketiga, jujur bermaksud lurus hati, tulus dan ikhlas. Maka, kejujuran pula bermaksud perihal jujur, kelurusan hati atau keikhlasan. Pengertian jujur atau kejujuran ini sebenarnya memberikan impak dan pemahaman yang besar buat kita semua. Ramai orang mengaitkan kejujuran dengan pelbagai keadaan dan situasi. Namun, di dalam konteks perbincangan kita sebagai seorang fasilitator, kejujuran ini merujuk kepada 3 aspek utama iaitu; 

1. Kejujuran Terhadap Allah s.w.t
Pastinya yang bermain di dalam benak kita semua, bagaimana kita mampu untuk menipu Allah sedangkan Allah itu Maha Mengetahuinya? Persoalan sebegini amat menarik minat kita bersama kerana ramai yang berfikir sedemikian tetapi tidak berlagak sebagaimana yang difikirkannya. Kejujuran terhadap Allah s.w.t adalah aset utama seorang fasilitator untuk menjadikan diri mereka yang terbaik. Kejujuran ini adalah kejujuran yang agung yang akan memastikan kejujuran lainnya juga turut serta hadir dalam diri setiap dari kita.

Kejujuran terhadap Allah s.w.t adalah bermula dengan niat dan segala amal itu ditentukan dengan niat kita memulakannya. Urusan ini hanyalah perhubungan kita dengan Allah s.w.t. Setiap apa yang kita niatkan pasti Allah mengetahuinya dan jarang sekali kita perasan bahawa Allah telah menentukan apa yang terbaik untuk kita. Maka, kejujuran ini harus dipelihara agar halatuju kita tidak tersasar dan tidak mudah diganggu gugat oleh bisikan-bisikan nafsu dan syaitan. 

2. Kejujuran Terhadap Persekitaran
Kejujuran terhadap persekitaran akan hadir apabila kita berhubungan dengan persekitaran kita. Kejujuran termasuklah dari segi nilai percakapan, nilai persahabatan dan amanah kepercayaan yang diberikan oleh persekitaran. Secara khususnya, kejujuran terhadap persekitaran adalah lebih tertumpu kepada perhubungan sosial sesama manusia di mana, seorang fasilitator akan banyak berkomunikasi sesama ahli dalam kumpulan mereka. Melalui kejujuran yang dibentuk, mereka yang bersama dengan kita akan mula merasakan percaya, kenal dan meyakini bahawa kita adalah yang terbaik untuk dicontohi atau setidak-tidaknya orang baik untuk mereka dampingi. 

3. Kejujuran Di Dalam Diri Sendiri
Terakhir, kejujuran terhadap diri sendiri, Kerapkali saya perhatikan, ramai dikalangan fasilitator kini yang dimulutnya berbunyi lain dan perbuatan mereka melakukan yang lain. Kesedaran dan percakapan, pesanan dan nasihat harus datang dari dalam diri sendiri. Kejujuran terhadap diri sendiri akan menentukan siapakah watak kita pada luarannya. Ia sesuai juga dengan sebuah hadith Nabi Muhammad s.a.w yang membawa maksud;

“Di dalam jasad manusia terdapat segumpal darah. Jika baik ia, maka akan baiklah keseluruhannya dan jika busuk ia maka busuklah keseluruhannya. Dan ia itu adalah hati.”

Maka, kejujuran harus dibangunkan di dalam diri seorang fasilitator sebelum mereka menjadi fasilitator. Ia penentu matlamat kita adakah kita ingin menjadi manusia biasa atau luar biasa. Ramai juga yang berkata; “Susah nak cari orang yang jujur sekarang.” Jika benar kata-kata ini, mengapa tidak kita mulakan dengan diri kita sendiri? Jika kita adalah orang yang jujur, adakah mustahil orang lain akan mencari kita?

Semua orang percaya dan yakin bahawa kejujuran dalah satu sifat yang terpuji dan patut ada pada manusia, namun ia tidak direalisasikan kerana kurangnya kejujuran kita dengan Allah s.w.t. Natijahnya, apabila ramai yang tidak meletakkan kejujuran sebagai tonggak utama maka; 

  1. Ramai yang meletakkan pelbagai persepsi yang bukan-bukan kepada orang lain tanpa usul periksa; 
  2. Ramai yang berpura-pura diri mereka baik dan mula berkata bohong dan membangga diri;
  3. Ramai yang mengharapkan balasan dari perbuatan baik mereka bahkan balasan tersebut adalah berbentuk material; 
  4. Ramai yang sentiasa mengambil kesempatan terhadap kepercayaan dan kejujuran orang lain.
Kesimpulannya sebagai seorang fasilitator, kejujuran harus menjadi asas di dalam bulatan jitu hati sebagai seorang pendakwah. Jika kejujuran adalah halangan yang tidak dapat diperbaiki, maka akan ramailah fasilitator yang mengakui mereka sebagai pendakwah tetapi sebenarnya hati mereka sakit dan binasa.

2 ulasan:

NURHIDAYAH-BALKIS berkata...

salam..artikel yg beri kesedaran pd diri ana sebgai ajk persatuan pelajar islam kat sekolah..

IQ Class Management berkata...

Hmm dari sekolah mana ye? Ia cuma nukilan untuk dikongsikan atas pengalaman beberapa tahun sebagai fasilitator dan pemimpin pelajar dari peringkat sekolah dan sampai sekarang di dalam masyarakat...

PELANGGAN SEKOLAH RENDAH

SK Sungai Serdang (17) SK Assam Jawa (11) SK Bandar Baru Bangi (8) SK Seksyen 11 Kota Damansara (8) SK Serdang (8) SK Petaling 2 (7) SK Taman Puteri (7) SK Batu 4 (1) Jalan Ipoh (6) SK Dengkil (6) SK Serendah (6) SK Taman Putra Perdana 2 (6) SK Convent Jalan Peel (5) SK Simpang Lima Sungai Besar (5) SK Taman Maluri (5) SK Tun Hussein Onn (5) SK Convent Sentul (1) (4) SK Gombak Setia (4) SK Kelana Jaya (2) (4) SK Lubok Kelubi (4) SK Methodist (P) Klang (4) SK Methodist PJ (4) SK Seksyen 27 (1) Shah Alam (4) SK Bandar Baru Sri Damansara (3) SK Bandar Sri Damansara 3 (3) SK Dusun Tua (3) SK Klang (3) SK Padang Tembak 2 (3) SK Parit Enam (3) SK Rasa (3) SK Sri Serdang (3) SK Sungai Burong (3) SK Sungai Kertas (3) SK Taman Klang Jaya (3) SK Taman Sungai Besi Indah (3) SK Taman Universiti Seri Kembangan (3) SK Ampang Pecah (2) SK Bukit Badong (2) SK Convent Sentul (2) (2) SK Desa Petaling (2) SK Desa Tasik (2) SK Kelana Jaya (1) (2) SK Kiaramas (2) SK Kota Warisan (2) SK Pulau Indah (2) (2) SK Puteri Pandan 1 (2) SK Seksyen 7 Shah Alam (2) SK Seri Anggerik (2) SK Sungai Buloh (2) SK Sungai Pusu (2) SK Taman Segar (2) SK Taman Selasih (2) SK USJ 2 (2) Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah JB (2) SK (1) Jalan Meru (1) SK (2) Jalan Meru (1) SK Alam Megah 3 (1) SK Antara Gapi (1) SK Bandar Baru Selayang (1) SK Bangsar (1) SK Bukit Beruntung (1) SK Bukit Beruntung (2) (1) SK Cochrane Perkasa (1) SK Dato' Abu Bakar Baginda (1) SK Gombak 1 (1) SK Ijok (1) SK Jalan Sungai Besi 2 (1) SK Jalan U3 Subang Perdana (1) SK Jelai 3 (F) (1) SK Jugra (1) SK Kampung Johan Setia (1) SK Kepong (1) SK La Salle PJ (1) SK PPR Lembah Subang (1) SK Panchang Bedena (1) SK Permatang Damar Laut (1) SK Precint 16 (1) (1) SK Puchong Jaya (2) (1) SK Pusat Bandar Puchong (2) (1) SK Raja Muda (1) SK Seksyen 6 Shah Alam (1) SK Seri Bahagia (1) SK Seri Nilam (1) SK Seri Perak Bandar Baru Sentul (1) SK Seri Pristana (1) SK Seri Tasek (1) SK Seri Tiram (1) SK Sijangkang Jaya (1) SK Sinaran Budi (1) SK Sri Jelok (1) SK St Anne's Convent (1) SK Sultan Abdul Aziz (1) SK Sungai Merab Luar (1) SK Sungai Tekali (1) SK Taman Alam Megah (1) SK Taman Bukit Maluri (1) SK Taman Bunga Raya 2 (1) SK Taman Melawati (1) SK Taman Prima Selayang (1) SK Taman Putra Perdana (1) SK Taman Seri Gombak 2 (1) SK Tok Muda Kapar (1) SK Wangsa Jaya (1) SK Wangsa Maju Seksyen 2 (1) SK Wangsa Maju Zon R10 (1) SR Islam Al Amin (1) SRA Kunci Air Buang (1) SRAI Zahidiah Sungai Buloh (1)

BERSAMA KAMI