Catatan Perjalanan IQ Class Management 3



Seterusnya pada 14 dan 21 Julai IQCM telah dijemput menjalankan program motivasi untuk anak-anak penerima bantuan zakat di SK Assam Jawa. Program berbentuk motivasi dan perjalanan program lancar. Peserta memberikan kerjasama dan baik dari segi penglibatan mereka. Fasilitator jemputan dari PEPIAS terlibat bersama kami untuk 2 program tersebut.

Laporan dan catatan IQCM kali ini berakhir dengan Kursus Jatidiri Sukarelawan ADUN Taman Templer pada 18 dan 19 Julai 2009 di Kem Rimba Komanwel Taman Templer. Bangga dalam terkilan dapat kami rasakan pada perjalanan program yang dan terdapat beberapa kritikan yang sepatutnya kami buka mata dan telinga untuk melihat dan mendengarnya serta memperbaikinya. Perjalanan program lancar dan kebanyakan catatan peserta mengharapkan agar mereka dapat mengikut latihan ini sekali lagi. Bagi kami secara keseluruhannya, ia tidaklah sepenuhnya berpuas hati kerana ada maklumat dan ruang yang tidak digunakan sebaik mungkin.

Perlaksanaan solat berjemaah yang mampu mengikat hati-hati kita gagal dilaksanakan dengan baik dan perlaksanaan pengisian yang longgar dan kurang penekanan. Apa pun, segalanya telah berlalu dan kami di IQCM perlu bersiap diri dengan agenda-agenda baru yang bakal menyusul.




"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Follow by Email

BERSAMA KAMI