Catatan Perjalanan IQ Class Management

Kami di IQCM memohon kemaafan atas kurangnya peredaran maklumat terkini pergerakan IQ Class Management memandangkan kesibukan dan jadual aktiviti yang agak padat. Secarar ringkasnya, kami melaporkan perjalanan kami ke beberapa program sepanjang bulan Jun sehingga Julai.

Bulan Jun, pada hari pertama, pihak IQCM bersama penceramah Encik Huzaimi bin Zaini telah berkunjung ke SK Convent Jalan Peel dengan Ceramah Komunikasi dan Perundingan bersama guru-guru di sana. Respon mereka amat memberangsangkan, tetapi apa yang agak menyedihkan adalah, guru-guru di sana tidak hafal lagu sekolah. Bagaimana mereka boleh berkongsi aspirasi dengan pelajar-pelajar mereka?

IQCM juga secara tidak langsung telah dijemput menjadi fasilitator bagi program-program anjuran Pusat Bahasa Arab dan Al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Zawawi Ahmad Mughni yang berpengkalan di Jalan Kebun. Program-program yang telah kami sertai sebagai fasilitator adalah;

1. Program Hijrah Ilmu Siri 1 PSRA di Hay Resort pada 2 sehingga 4 Jun 2009;
2. Program Bina Insan Negeri Selangor S.P.I.E.S di
a. Kem El-Ezzhar Morib pada 6 dan 7 Jun 2009;
b. Kem Nur Sungai Merab pada 20 dan 21 Jun 2009;
c. Kem Nur Sungai Merab pada 4 dan 5 Julai 2009;
3. Program Hijrah Ilmu Siri 2 PSRA di Warisan Sembilang Resort pada 21 Julai sehingga 23 Julai 2009.

Namun modul-modul yang dilaksanakan dalam kedua-kedua program amat longgar serta pemantauannya amat tidak mencapai tahap profesional dalam latihan. Bagaimana mereka menjalankan program-program ini? Timbul pula persoalan, adakah program-program ini untuk kepentingan pembinaan generasi modal insan atau sekadar memenuhi permintaan dan memenuhi agenda politik semata-mata?



"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI