Catatan Perjalanan IQ Class Management 2

Alhamdulillah, pada 16 sehingga 18 Jun 2009, IQCM berkesempatan bersama pelajar-pelajar Jabatan Optometrik UKM di Dusun Eco Resort Karak. Perjalanan program ini agak memberangsangkan dan antara tujuan utama perlaksanaannya adalah untuk mengembalikan watak dan ciri-ciri pelajar universiti yang semakin pudar di kalangan pelajar-pelajar tersebut.

Kami barisan FaDelaT berasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana mereka berjaya membuktikan yang mereka mempunyai matlamat serta cita-cita yang amat besar sebagai pelajar. Apa yang lebih membanggakan kami, pelajar-pelajar ini dapat bersemuka bersama pensyarah mereka dan berkongsi pelbagai pengalaman sehingga ada dikalangan mereka yang sebak dan menitiskan airmata.

Pada minggu berikutnya, 20 Jun 2009, kami IQCM telah berada di Bangi Golf Resort bersama dengan kakitangan Meranti Furniture Sdn Bhd dalam merealisasikan program Motivasi dan Kecemerlangan dalam Pekerjaan selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehinggalah jam 5.00 petang. Jutaan terima kasih kami ucapkan buat En. Idzhar Jumali yang turut bersama menjayakan program ini dalam menyampaikan ceramah yang bertajuk keberkatan rezeki. Secara keseluruhannya ia dilihat baik namun agak membosankan. Persiapan tidak rapi serta modul tidak diselami.

Catatan Popular

Imej

SK DESA TASIK