Perkembangan Modul IQ Class Management

IQ Class Management pada ketika ini masih dalam usaha untuk membangunkan modul-modul yang bersesuaian untuk digunapakai dalam latihan-latihan kami. Segala usaha yang dijalankan adalah bertujuan untuk menyeragamkan perlaksanaan juga menyesuaikan isi kandungan latihan dengan kelompok sasaran kami.


Sehingga kini, IQ Class Management sendiri mempunyai puluhan susunan modul yang disusun berdasarkan permintaan pelanggan kami. Oleh yang demikian, kami sedang menyusun semua semua modul tersebut untuk di selaraskan dan menetapkan fokus latihan IQ Class Management sendiri.


Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau penambahbaikan, sudilah kiranya diketengahkan dan dicadangkan. Senarai modul-modul yang telah diputuskan dan dikemaskinikan akan kami paparkan di laman blog ini dari masa ke semasa. Semoga ia memberikan ruang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk terus menghubungi kami.


Sekian, terima kasih.


Kamarul Azami b. Mohd Zaini (KAMZ)
Perunding Utama Latihan dan Motivasi (PULM)
IQ Class Management
http://kamarulazami.blogspot.com


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Follow by Email

BERSAMA KAMI