Ceramah Motivasi CINTA SK Taman Melawati



8.30 pagi, 30 April 3009, Sekolah Kebangsaan Taman Melawati. PULM bersama PLM Johari dan PLM Zaki sekali membawa misi penting ke SK Taman Melawati. Kali ini, dengan harapan guru-guru untuk memberikan kesedaran kepada sekumpulan pelajar yang ponteng sekolah. Program yang dianjurkan adalah Program Ponteng Sifar di SK Taman Melawati.


PULM Kamarul sekali lagi memulakan ceramahnya dengan baik. Seperti biasa, beliau memulakan dengan Taklimat SENYUM dan SEDIA. Peserta diingatkan 4 sebab mengapa mereka perlu senyum.

1) merembeskan hormon beta-endorfin,
2) pancaran tenaga positif,
3) panjang umur,
4) serta ia adalah sedekah.


Kemudian disambung dengan 3 persediaan dalan sedia iaitu Jasmani, Minda dan Alatan. Ceramah Motivasi CINTA diteruskan dengan sedikit olahan bersesuaian dengan sasaran kali ini. Peserta perinngkat awal permulaan ceramah dimulakan dengan senaman minda dan latihan minda. Kemudian memasuki tajuk sebenar ceramah, PULM memulakan dengan Cinta Kepada Sekolah. Antara ciri-ciri pelajar yang cintakan sekolahnya ialah;

1. Hadir sekolah.
2. Menghormati guru-guru.
3. Mengasihi rakan sekolah.
4. Memberi perhatian dalam kelas.
5. Bertanya apabila tidak tahu.
6. Suka untuk belajar.
7. Menyiapkan kerja rumah.
8. Melakukan ulangkaji.
9. Menjaga kesihatan badan.



Sekiranya mereka tidak mempunyai kesembilan ciri di atas, maka mereka perlu mengadakannya. Jika tidak mereka tidak akan memenuhi kehendak cinta yang kedua iaitu Cintakan Diri Sendiri. Jika mereka merasakan cinta kepada diri sendiri, maka sembilan senari tadi merupakan keutamaan mereka apabila mereka pergi ke sekolah dan apabila pulang ke rumah. Ini kerana, mereka merasakan tanggungjawab terhadap setiap erkara di atas.


Cinta yang ketiga pula ialah cinta kepada Ibu Bapa. Peserta diingatkan tentang pesanan ibu bapa pabila menghantar mereka ke sekolah. Pesanan mereka adalah belajar rajin-rajin. Tetapi ramai sentiasa bermain apabila tiba di sekolah. Sesi yang terakhir ini adalah sesi muhasabah diri dan peserta dinasihatkan agar;

1) sentiasa meminta maaf kepada rakan-rakan;
2) juga guru-guru
3) yang pling utama ibu bapa, pagi sebelum hadir ke sekolah, balik dari sekolah dan sebelum tidur.



Sesi ditamatkan 10.40 pagi dengan jayanya. Semoga usaha ini diberkati Allah dan dapat memberikan natijah yang baik kepada peserta. Namun, penceramah perlulebih berhati-hati dari sudut;

1) susunan cerita,
2) menggunakan minda separa sedar peserta dan,
3) pengurusan masa ceramah agar tidak terlajak jauh dari masa yang ditetapkan.


TUNE-lah diri kita.


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular