Program Latihan Kepimpinan Muda P.K.T SK Kelana Jaya 2



8.00 pagi, 25 April 2009, Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 2. IQCM sekali lagi bergerak ke sebelah daerah Petaling bagi menjayakan sebuah lagi program Latihan Kepimpinan Muda SK Kelana Jaya 2. Kali ini, IQCM diwakili 2 perunding dan 2 orang fasilitator iaitu Syamel dan Azlan.


Tepat jam 8.15 pagi, PULM IQCM memulakan program selama setangah hari itu dengan aktiviti 'ice-breaker' SENYUM dan SEDIA. Peserta membincangkan tentang 4 sebab mengapa mereka perlu senyum dan 3 perkara yang perlu mereka sediakan untuk memulakan pembelajaran.



Dalam sesi kedua jam 9.00 pagi, peserta mengikuti pembelajaran pertama sebagai pemimpin muda dengan teori P.K.T, asas kepimpinan muda pertama iaitu Patuh. Aktiviti yang dijalankan diberi nama Permainan 123. Permulaan permainan diketuai oleh PLM Zaki Melatusamsi dengan permainan Si Kamil Berkata. Setelah tamat aktiviti, peserta diberikan peringatan tentang kepentingan patuh. Ramai dikalangan peserta yang tidak mematuhi arahan apabila mereka telah melakukan kesalahan. Mereka tidak jujur kepada diri sendiri sehingga melanggar perintah yang diberikan. Untuk menjadi pemimpin, mereka perlu belajar untuk menjadi pengikut yang baik sebelum menjadi pemimpin yang baik. Seterusnya, peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan oleh abang Syamel.



Permainan kedua pula bertajuk Sentuhan dan ketiga adalah Terkezut yang diketuai oleh abang Azlan dan PULM. Aktiviti kedua dan ketiga nampak lebih baik dan peserta mula menampakkan kejujuran dan potensi patuh mereka. Pada jam 10.00 pagi pula, peserta meneruskan sesi tanpa rehat yang bertajuk asas kepimpinan muda kedua iaitu Ketua. Permulaan aktiviti ketua ini ialah dengan Gambaran Lakaran. Setiap kumpulan menghantarkan wakil mereka untuk memberikan gambaran lakaran dan dilukis oleh rakan-rakan mereka. Ternyata, hasil dari permainan ini, peserta menyatakan bahawa amat sukar untuk menjadi ketua.


Seterusnya PULM menjelaskan tentang bagaimanakah mereka boleh menjadi ketua yang baik. Ia memerlukan 5 ciri utama iaitu;

1. Kawal
2. Elak
3. Tegur
4. Urus
5. Amal


Pada jam 11.00 pagi peserta berhenti rehat sehingga jam 11.30 pagi dan diteruskan sesi yang terakhir dalam pembelajaran iaitu sesi asas kepimpinan muda yang ketiga iaitu teladan. Ia dimulakan dengan sekali lagi setiap kumpulan menghantar wakil yang terbaik dari kumpulan mereka. Mereka dibawa bersama abang Azlan untuk mempelajari beberapa tepukan. Kemudian, setiap wakil pesertatadi diminta untuk kembali ke dalam pasukan mereka dan diajarkan kepada ahli mereka.



Apabila ditanya maklumbalas peserta, ramai dikalangan wakil kumpulan menyatakan bahawa sukar untuk mereka memahamkan ahli kumpulannya. Ini adalah disebabkan di dalam pasukan mereka ada yang cepat faham dan ada yang lambat. PULM menambah dalam sesi resolusi, sebagai pemimpin juga, tidak mudah untuk kita menjadi teladan kepada orang lain, diikuti dan pandangan kita didengari. Ini disebabkan oleh pelbagai perspektif pemikiran.


Sesi terakhir resolusi peserta diberikan amanat dan pesanan akhir oleh PLM Zaki, abang Azlan dan abang Syamel. Peserta memberikan maklumbalas positif dan program tamat pada jam 12.50 tengahari.


Beberapa penambahbaikkan yang perlu adalah;

1) Induksi sebelum program berlangsung.
2) Taklimat yang jelas bersama arahan dalam bentuk bertulis.
3) Maklumat program bercetak diedar kepada fasilitator yang terlibat sebelum program.


TUNE-lah diri kita.


Perunding Utama Latihan dan Motivasi (PULM)
IQ Class Management (IQCM)


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular