Ceramah Promosi; Motivasi CINTA SK (1) Batu 4 Jalan Ipoh

8.30 pagi, 25 April 2009, Sekolah Kebangsaan (1) Batu 4 Jalan Ipoh. Ceramah yang berlangsung selama 2 jam ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan IQCM Encik Mohd Huzaimi b. Mohd Zaini dan diiringi oleh PLM Johari Hamzah. Perjalanan sesi ceramah berjalan lancar dan bermula dengan baik.


Bahagian pertama ceramah cinta ini seperti biasa ialah sesi pemecah bendungan dengan SENYUM dan SEDIA. 4 perkara yang dibincangkan dalam SENYUM dan 3 dalam SEDIA. Seterusnya penceramah memulakan sesi dengan melontarkan persoalan, bolehkah bercinta ini membawa kepada kejayaan?


Pastinya jawapan yang diberikan penceramah adalah boleh. Cinta merupakan satu dorongan yang kuat untuk kita berbuat sesuatu sama seperti jika seorang lelaki ingin mendapatkan cintanya dari seorang wanita sehinggakan terdapat kisah 50 hari untuk memenangi hati seorang wanita. Namun terdapat 3 cinta yang boleh menggagalkan usaha untuk cemerlang dalam pelajara iaitu;

Pertama; Cinta monyet.
Kedua; Cinta main-main.
Ketiga; Cinta kosong.


Kemudian, penceramah memasuki bahagian kedua perbincangan iaitu, cinta yang bagaimana boleh membawa kepada kejayaan? Di dalam sesi ini, penceramah menerangkan bahawa terdapat 3 cinta yang boleh membawa kepada kejayaan iaitu;

Pertama; Cintakan diri sendiri.
Kedua; Cintakan guru-guru yang mengajar.
Ketiga; Cintakan ibu bapa.

Di bahagian akhir dan penutup ceramah ini peserta akan menjalani satu proses muhasabah tentang apa yang telah mereka berikan kepada diri, guru dan ibu bapa mereka selama hari ini. Adakah mereka ini membawa kemudahan kepada orang lain atau hanya menyusahkan? Sesi ini diakhir dengan satu tayangan video keinsafan bagi mengembalikan semangat mereka untuk menjadi kebanggaan kepada guru dan ibu bapa mereka. Sesi ceramah tamat pada jam 10.30 pagi.


TUNE-lah diri kita semua.


Perunding Utama Latihan dan Motivasi
IQ Class Management


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular