Program Motivasi Belajar dan Keibubapaan SK Taman Puteri



28 Mac 2009, Cheras Batu 9 Hulu Langat. Pasukan IQ Class Management yang diketuai oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi Kamarul Azami telah bergerak dan menjalankan program selama 1/2 hari bersama pelajar dan ibu bapa di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri. Dengan kekuatan seramai 6 orang, program berjalan lancar walaupun terdapat pelbagai kelemahan yang perlu sangat-sangat untuk kami perbaiki.




IQ Class Management dibarisi oleh Perunding Latihan dan Motivasi Johari, FaDelaT Dhila dan Yaya serta fasilitator Daus dan Syamel. Program bermula jam 8.00 pagi dengan kunjungan kami dibawa bertemu dengan Puan Guru Besar di pejabat sekolah. Sejurus selepas itu, kami diiringi ke makmal komputer untuk memulakan sesi Taklimat SENYUM dan SEDIA.




Kemudian peserta dihidangkian dengan Bengkel Belajar Cara Belajar SMART oleh Perunding Utama dan dibantu oleh FaDelaT Dhila sehingga rehat jam 10.30 pagi. Pada jam 9.00 pagi pula, Perunding Utama Latihan dan Motivasi Kamarul Azami diiringi ke dewan sekolah bagi menyampaikan ceramah PARENT bersama ibu bapa pelajar. Segalanya berjalan lancar sehinggalah sesi seterusnya bermula dengan Ceramah Motivasi CINTA.




Perjalanan program dilihat lancar namun timbul beberapa kegusaran dihati apabila melihat perjalanan program ini. Ada pelbagai pengajaran yang perlu kami garap dan lakukan perubahan segera atas faktor penambahbaikkan.


1) Pengurusan MASA
Memandangkan kami mempunyai pelbagai aktiviti dan kreativiti untuk melakukkan sesuatu menjadikan disiplin masa ini tidak dijaga dan diambil sambil lewa. Ini peringatan penting kerana pada kita, ia adalah baik mungkin untuk 5 atau 10 minit lebih tetapi tidak sehingga 30 minit.


2) Penglibatan
Kami melihatkan, kebanyakan guru-guru di sekolah ini terlibat dengan sangat aktif dan ini menjadikan kami berfikir, mungkin selepas ini, untuk apa-apa program atau ceramah disekolah, dapatlah kiranya dijemput barisan guru untuk turut serta secara aktif bersama peserta. Ini diharapkan agar dapat menjadi kesinambungan dalam ceramah dan PnP guru di kelas.


3) Yakinlah Pada Allah, dan Yakinlah Kepada Apa yang Dipikulkan
Buat persiapan kerana jika kami mampu buat yang terbaik sebagaimana yang diperkatakan, maka akan datang lagi pelbagai ujian dan kesukaran kerana tanda kasih sayang Allah kepada orang yang beriman ialah dengan ditambahkan lagi ujian dan ditingkatkan lagi ketabahan dan kesabaran kita. Kita mampu menjadi yang terbaik tetapi bersabarlah.




TUNE-lah diri kita.


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular