PROGRAM LATIHAN KEPIMPINAN MUDA



Modul Personaliti Pemimpin Berkesan


28 Februari 2009, De' Congkak Forest Sungai Congkak. Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik dengan kerjasama IQ Class Management telah menganjurkan sebuah program kepimpinan kepada pasukan pengawas sekolah. Seramai 91 orang peserta terdiri daripada 57 orang perempuan dan 34 orang lelaki telah menjayakan program ini.


Program yang menggabung pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6 ini telah berjalan dengan lancar selama 2 hari 1 malam. Perjalanan program ini amat memberangsangkan serta mendapat sambutan yang baik. Peserta telah tiba di kem pada 28 Februari 2009 pada jam 9.00 pagi. Sesi dimulakan oleh Ketua Jurulatih, Perunding Utama Latihan dan motivasi Encik Kamarul Azami b. Mohd Zaini.


Peserta ditaklimatkan dengan perkara SENYUM, SEDIA dan undang-undang kem. Kemudian mereka dipecahkan ke dalam kumpulan membentuk 9 kumpulan. Sesi-sesi yang mereka sertai ialah sesi minda positif dan kreatif, candle night, matlamat dan pendirian serta resolusi kepimpinan. Antara FaDelaT yang terlibat adalah Hanif dan Yaya serta seorang fasilitator iaitu Maya. Program tamat pada 1 Mac 2009 pada jam 3.00 petang.


Apa yang kami harapkan ialah perubahan serta iltizam peserta untuk terus menjadi pemimpin yang baik serta disegani oleh orang lain.


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular