Facilitator's Enhancement Training IIUM Kuantan





22 Mac 2009, Kuantan. Seramai hampir 30 orang peserta dari kalangan pelajar UIAM Kuantan telah menyertai satu latihan fasilitator yang dianjurkan oleh persatuan fasilitator UIAM Kuantan. Latihan yang berjalan selam 1 hari ini telah disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami b. Mohd Zaini.



Bersama mengiringi beliau ialah 2 orang FaDelaT iaitu Shafezan dan Mamad.Perjalan aktiviti lancar dan peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dan moga-moga mereka mampu untuk menghasilkan yang terbaik. Pulang dari latihan ini, kami seperti juga diberikan pencerahan oleh Allah tentang kelemahan-kelemahan yang wujud pada kelompok fasilitator pada hari ini iaitu;





1. Kebanyakan fasilitator hari ini tidak memperbetulkan sikap mereka sebelum dan selepas program. Sikap dari sudut disiplin diri seperti cara berpakaian, cara berfikir, dan cara membawa karektor diri masing-masing


2. Minda mereka tidak dapat difokuskan disebabkan terlalu terhad dari sudut maklumat yang mereka terima juga maklumat yang mereka sediakan untuk berhadapan dengan peserta.


3. Perancangan persiapan program yang terlalu terperinci sehinggakan timbul perasaan takut dan ragu-ragu kepada apa yang bakal dipersembahkan. Hilang kreativiti dan takut untuk mengambil risiko untuk membuat sebarang perubahan.


Kami juga dapat mempelajari banyak perkara dari apa yang ditonjolkan oleh mereka fasilitator di Kuantan. Semoga usaha-usaha begini dikekalkan. TUNE-lah diri kita.








"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular