Siri 'Training For Young Facilitators' (TYF)

'Training For Young Facilitators' atau Latihan Kefasilitatoran Muda merupakan sebuah produk latihan dan kursus yang menekankan aspek kepimpinan diri pelajar yang perlu dibangunkan bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing, kreatif, berketerampilan serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi.


Sejak tahun 2007, IQ Class Management telah memperhalusi bidang latihan ini dan membuat kesimpulan bahawa, latihan ini sebenarnya melahirkan satu kelompok pelajar yang lebih mudah dikenali sebagai 'Fasilitator'. Baik dikalangan rakan-rakan bahkan juga bersama guru-guru dan masyarakat.


'Training For Young Facilitators' atau TYF ini telah dimatangkan bersama pengalaman IQ Class Management memberikan perkhidmatan di sekolah melatih dan melahirkan generasi kepimpinan yang baru. Melalui pengalaman berharga ini, IQ Class Management telah menyediakan 5 set modul bagi siri 'Training For Young Facilitators'. Ia memberikan fokus khusus latihan kepada generasi baru di sekolah untuk dilahirkan sebagai pemimpin negara pada
suatu hari nanti.


Modul 1: Latihan Kepimpinan Muda Sekolah
Modul 2: Latihan Kepimpinan Sekolah
Modul 3: Latihan Pembimbing Rakan Sebaya Muda
Modul 4: Latihan Pembimbing Rakan Sebaya
Modul 5: Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Organisasi


Berteraskan konsep latihan dan motivasi IQ Class Management (I-TUNE), setiap modul latihan dan kursus akan melalui sekurang-kurangnya 2 peringkat pertama iaitu Teroka Diri dan Ubah Sikap. Ia perlu diberikan keutamaan sebelum membentuk pemimpin yang terbaik.


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Follow by Email

BERSAMA KAMI