Siri Program Motivasi Sekolah (Pro-Mo'S)

Program Motivasi Sekolah merupakan sebuah produk motivasi dan kemahiran yang telah dibangunkan oleh IQ Class Management semenjak tahun 2007. Ia disasarkan kepada kanak-kanak dan remaja yang berada di sekolah bermula dari umur 9 tahun (darjah 3) sehinggalah 17 tahun (tingkatan 5).


Program Motivasi Sekolah atau lebih dikenali sebagai Pro-Mo'S telah menyediakan 4 set modul motivasi dan kemahiran yang memberikan fokus kepada pembinaan kendiri pelajar sebagai pelajar cemerlang serta kemahiran belajar dan menjawab kertas peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.



Modul 1: Motivasi Belajar Sekolah Rendah
Modul 2: Motivasi Belajar Sekolah Menengah
Modul 3: Kemahiran Belajar Sekolah Rendah
Modul 4: Kemahiran Belajar Sekolah Menengah



Berteraskan konsep latihan dan motivasi IQ Class Management (I-TUNE), setiap modul motivasi dan kemahiran sekolah menengah ini memenuhi 3 peringkat pertama iaitu Teroka Diri, Ubah Sikap dan Nilai Peribadi. Manakala bagi setiap modul motivasi dan kemahiran sekolah rendah pula, ia memenuhi 2 peringkat pertama iaitu Teroka Diri dan Ubah Sikap.


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Follow by Email

BERSAMA KAMI