Siri Peningkatan Produktiviti Pekerja / Pelajar / Pendidik (3P)

Peningkatan Produktiviti Pekerja merupakan satu produk latihan dan kursus yang memberikan fokus kepada golongan dewasa dan profesional. Ia bertujuan untuk membantu memperbaiki sistem pentadbiran, gerak kerja serta motivasi di dalam sesebuah organisasi. Beberapa penekanan yang akan diberikan melalui produk ini seperti Pengurusan Konflik, Pengurusan Tekanan, Minda Kreatif, Pembinaan Pasukan, Peningkatan Motivasi, Peta Minda, Keusahawanan, serta Komunikasi.


Peningkatan Produktiviti Pekerja atau 3P ini mula diketengahkan oleh IQ Class Management pada tahun 2008 bersama guru-guru tabika dan pembantu masyarakat KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Selangor. Kini, modul yang dibentuk telah dikemaskini dan diperbaiki supaya ia lebih memenuhi permintaan latihan serta jauh lebih berkesan.


Siri ini juga memberikan fokus kepada membantu generasi muda di IPT dalam perkara berkaitan. Oleh yang demikian, siri ini telah disusun dan dibahagikan kepada 3 sasaran utama iaitu:


1. Pelajar Tingkatan 6 dan IPT.
2. Barisan Pendidik (Guru dan Pensyarah)
3. Pekerja Profesional


Bagi sasaran pelajar tingkatan 6 dan IPT, latihan ditumpukan kepada siri
kursus seperti berikut;
Siri 1: Pengurusan Tekanan dalam Belajar
Siri 2: Minda Kreatif Pelajar
Siri 3: Pembinaan Pasukan
Siri 4: Peningkatan Motivasi Belajar
Siri 5: Peta Minda
Siri 6: Latihan Keusahawanan
Siri 7: Komunikasi Belajar
Siri 8: Komunikasi Temuduga
Siri 9: Pembinaan Karektor Berkesan
Siri 10: Latihan Kejurulatihan (TOT)


Bagi sasaran pendidik, latihan ditumpukan kepada siri kursus seperti berikut;
Siri 1: Pengurusan Tekanan Di Sekolah
Siri 2: Minda Kreatif Guru
Siri 3: Pembinaan Pasukan
Siri 4: Peningkatan Motivasi
Siri 5: Peta Minda untuk Guru
Siri 6: Komunikasi Berkesan Di Dalam Kelas
Siri 7: Komunikasi Berkesan Di Sekolah
Siri 8: Pembinaan Karektor Berkesan


Dan bagi sasarab=n pekerja, latihan ditumpukan kepada siri kursus seperti
berikut;
Siri 1: Pengurusan Tekanan di Tempat Kerja
Siri 2: Minda Kreatif Pekerja
Siri 3: Pembinaan Pasukan
Siri 4: Peningkatan Motivasi
Siri 5: Peta Minda untuk Pekerjaan
Siri 6: Komunikasi Berkesan Di Pejabat
Siri 7: Komunikasi Berkesan Bersama Pelanggan
Siri 8: Pembinaan Karektor Berkesan"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI