Perjalanan 2009 IQ Class Management

Perjalanan kami pada tahun 2009 bermula dengan ceramah Promosi Jan-Mac untuk sekolah-sekolah daerah Gombak Selangor dan Kuala Lumpur. Masih terdapat sebilangan sekolah yang masih belum bersama dengan program-program IQ Class Management.



Bagi tahun 2009, IQ Class Management akan memperkenalkan sebutharga yang baru beserta cadangan perlaksanaan program perkhemahan di luar sekolah. Kem-kem tersebut adalah:

1. SUKIDA Resort Semenyih
2. Kem Bumi Jati Jalan Kebun
3. Warisan Sembilang Resort
4. Ulu Kali Training Center
5. De' Congkak Forest Hulu Langat
6. Kem El-Azzhar Morib



Perlaksanaan modul juga sedang dipertingkatkan memandangkan pada tahun 2009, IQ Class Management akan bergerak ke satu era pengurusan latihan yang lebih kemas, berkesan dan memberikan impak kepada mereka yang hadir. Sesuai dengan Visi kami, 'Menjadi Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi yang Holistik', kami telah bersedia untuk memenuhi sebarang permohonan bagi mereka yang berminat. Antara modul yang dikemaskini dan dibangunkan semula adalah seperti berikut:

1. Siri Program Motivasi Sekolah (Pro-Mo'S)
2. Siri 'Training For Young Facilitators (TYF)
3. Siri Anak Soleh Insan Pengasih (KASIH)
4. Siri Peningkatan Produktiviti Pekerja (3P)




"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Follow by Email

BERSAMA KAMI