Peringkat Latihan Dalam IQ Class Management

Peringkat latihan dalam IQ Class Management ini telah diperkenalkan bermula pada tahun 2006. Peringkat latihan ini bertujuan untuk melatih dan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada semua peringkat sasaran latihan dan motivasi IQ Class Management. Teras dalam setiap perlaksanaan modul kami adalah bertunjangkan kepada prinsip I-TUNE.

I - Ilmu Pengetahuan
Apa jua keadaan, kami percaya dan amat yakin bahawa, dengan ilmu manusia akan mampu menjadi jauh lebih baik dari sebelumnya. Penerapan ilmu dalam perlaksanaan program latihan kami tidaklah secara keseluruhan memandangkan jangkamasa yang diberikan adalah amat terhad. Setiap peserta yang menyertai dipercayai telah mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang masing-masing. Oleh yang demikian, proses peningkatan ilmu pengetahuan ini perlu diteruskan oleh individu masing-masing. Penerapan cintakan ilmu dan semangat untuk terus belajar diterapkan agar setiap diri peserta berada pada tahap terbaik pencapaian masing-masing. Ilmu pengetahuan akan menjadi tunjang perkembangan mereka, serta berdasarkan kemahiran dan pengalaman kami, ilmu pengetahuan yang tersimpan dalam diri peserta akan dikeluarkan untuk menampakkan kebenaran yang mungkin tersimpan.

1. Teroka Diri
Melalui pengetahuan yang ada, peserta akan melakukan penerokaan diri mereka untuk mencari titik pencapaian terbaik dalam setiap bidang latihan dan motivasi yang dihadiri. Penerokaan diri ini berlangsung dalam pelbagai bentuk dan proses antaranya ialah melalui muhasabah diri. Peserta juga akan dibawa untuk mengenalpasti kekuatan dan peluang yang mereka ada untuk digunakan untuk menutup kelemahan dan ancaman hidup mereka. Penerokaan diri ini memerlukan satu bentuk pemikiran (mindsets) yang tepat, merancang untuk membuat perubahan (strategy), pembentukan sikap (attitude) melalui minda yang betul, jangkamasa (time frame) serta risiko dan halangan (risk taking) yang mungkin mereka akan tempuhi.

2. Ubah Sikap
Proses kedua ini pula akan membawa peserta secara khusus mendalami bidang latihan dan motivasi yang mereka ikuti. Kali ini peserta akan didedahkan dengan ciri-ciri khusus yang perlu mereka miliki serta apakah keperluan mereka dalam sesuatu organisasi mahupun kekeluargaan. Pada peringkat ini, peserta akan dibimbing untuk memasuki persekitaran mereka dan menjadi ahli yang berfungsi sama ada dalam pejabat, kawasan perumahan atau mungkin di sekolah.

3. Nilai Peribadi
Apabila peserta telah mampu berada dalam masyarakat dan berfungsi dengan baik. Pastinya mereka akan diberikan ruang serta masyarakat akan nampak penyerlahan mereka untuk memimpin atau memegang jawatan yang lebih tinggi. Pada tahap ini, peserta akan dibimbing untuk menambah kemahiran serta pengukuhan dalam bidang masing-masing. Peserta akan diberikan lebih ruang untuk berdiskusi, menyelesaikan konflik, berfikir secara kritis serta membuat keputusan. Kemahiran lain yang akan juga diterapkan ialah melatih, membimbing serta menyelia kelompok di bawah.

4. Evolusi Pemikiran
Peringkat ini akan berlaku apabila peserta meneruskan apa sahaja latihan yang diterima. Ia adalah hasil dari pengetahuan yang dikukuhkan dengan pengalaman. Pada tahap ini, peserta dikatakan mampu untuk melatih orang lain serta menghasilkan satu contoh terbaik sebagai pengajaran kepada orang lain.

Peringkat latihan ini kami gunakan dalam setiap peringkat latihan dan motivasi kami khususnya dalam latihan organisasi, kepimpinan juga motivasi. Apa sahaja yang tertera dalam kolum ini adalah idea asal IQ Class Management dan kami berharap agar apa yang tercatat disini dapat dijadikan rujukan oleh mereka yang berkaitan. Semoga ALLAH memberkati usaha kami.

Follow by Email

BERSAMA KAMI