Penyelewengan dari Jalan Dakwah

Setiap manusia ini tidak akan lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Perjuangan hidup manusia perlukan pembaikan, pemulihan, dan pemuliharaan. Kehidupan kita adalah perjuangan kita. Perjuangan untuk membawa diri ke matlamat yang amat hakiki iaitu syurga yang amat diharapkan dan dicita-citakan.


Apabila lahir sahaja insan ke dunia, perjanjian dengan Allah telah termetrai apabila ditiupkan roh ke dalam janin itu. Perjanjian inilah adalah perkara yang perlu kita berikan perhatian. Adakah kita berjaya mengotakan janji kita atau sekadar hidup mengharap dan berusaha mendapat kesenangan dunia?


Di dalam buku karangan ustaz Mustafa Masyhur yang bertajuk 'Jalan Dakwah antara asli dan penyelewangan' membincangkan secara khusus tentang matlamat kita yang asli dan penyelewangannya. Sebagaimana yang telah dibincangkan di dalam blog kamarulazami.blogspot.com, Perjuangan dan jalan dakwah ini merupakan sebuah kesinambungan perjuangan yang tiada tolok bandingnya, kerana jika kita tidak berjuang dalam gerabak kecil (jemaah kecil kita seperti ABIM, PEPIAS dan etc), tetapi kita masih lagi memikul tanggungjawab sebagai Hamba kepada Allah, Khalifah serta pendakwah untuk sebuah gerakan Islam yang dimulai oleh Rasulullah s.a.w.


Pernah suatu hari saya ditanya oleh murabbi perniagaan saya Dr. Din. "Apakah matlamat perniagaan kau ni?". Saya katalah untuk menambahkan keuntungan dan sebagainya.


Kemudian dia bertanya, "Kau Islam kan?". "Ya", jawab saya.


"Sepatutnya kau kena letakkan (gantung atau paparkan) matlamat kau dalam perniagaan agar dilihat dengan jelas. Macamana ko Islam begitulah yag sepatutnya." Apa matlamat kau sebagai seorang Islam," tanya Dr. Din.


"Hendak mendapat keredhaanlah", jawab saya yakin.


"Apa mission statement kau sebagai Islam," tanya Dr. Din. Saya tergamam sebentar.


"Lailahaillallah Muhammadar Rasulullah", kata Dr. Din. Saya terus tergamam.


Sebagaimana misi ini dilaungkan ditelinga kita ketika kita lahir, maka, begitulah pegangan hidup kita sepatutnya. Bayangkan sekiranya pegangan ini tertanam di dalam hati, akan berlakukah penyelewengan dan kemungkaran di dunia ini? Pastinya mustahil. Tetapi, tiada yang mustahil bagi Allah, maka diiringkan kita ke dunia dengan SYAITAN yang menghasut.


Ustaz Mustafa Masyhur berkata, diantara penyelewangan yang berlaku di dalam kerja-kerja dakwah dan kepada pendakwah sendiri ialah penyelewengan dari segi matlamat. Apa yang disebutkan olehnya di dalam buku ini, penyelewangan sasaran ini boleh berlaku apabila:


1. Hilang keikhlasan bekerja untuk Allah.
Tanamkan dalam jiwa kita apa sahaja yang dilakukan, hasil dari kerja yang dilakukan, penat lelah perjuangan kita semuanya mesti bertunjangkan Allah s.w.t. Bukan kepada sesiapa atau sebarang makhluk pun. Adakah kita seikhlas itu atau kadangkala datang perasaan mulia diri, ujub, takabur dan busuk hati*? TUNE diri kita.


2. Tidak menunaikan janji.
Janji pertama yang kita akan mungkiri adalah janji ruh kepada Allah s.w.t. Bahkan janji kita sebagai pendakwah yang wajib kita turuti yang utama adalah hak manusia untuk nenerima dakwah kita.


3. Lega kerana lulus ujian.
Adakah kita berasa yang kita telah beriman sedangkan kita belum diuji lagi kata Allah?


4. Mendabik dada kerana berjaya.
Kejayaan kita, nilaiannya hanya disisi Allah. Pujian manusia? Pepatah Cina ada menyatakan, orang yang memuji kita adalah musuh yang paling hampir dengan kita.


TUNElah diri kita. Assalamualaikum...


*Rujuk http://kamarulazami.blogspot.com


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI