Assalamualaikum


Sahabat-sahabat ku,


Teruskanlah mendidik masyarakat dengan apa jua cara dan ruang yang ada. Ingatlah bahawasanya mendidik merupakan perjuangan yang tiada kesudahan. Selagi ada manusia yang lahir maka mereka tidak boleh tidak kena belajar dan di ajar.


Maka perjuangan kita biarlah dengan pendidikan dan jadikanlah ia teras yang utama. Teras yang penting dalam diri, keluarga dan rakan-rakan kita.


Firman Allah dalam surah Al-Alaq adalah petunjuk utama, belajar dan didiklah bangsa kita dan apa yang utama adalah didik mereka dengan perantaraan kalam, dan hanya Allah yang akan memberikan mereka kefahaman, maka, didiklah kefahaman bahawa Tuhan adalah pemilik kita semua...


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI