SELF MOTIVATED ATTRIBUTES

(untuk Peningkatan Produktiviti Pekerja – 3’P’s)

Oleh: Kamarul Azami b. Mohd Zaini
Perunding Utama Latihan dan Motivasi
IQ Class Management

Merujuk kepada beberapa orang pakar motivasi, motivasi adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ‘motivation’. Ia juga diistilahkan sebagai ‘Motive’ + ‘Action’. ‘Motive’ bermaksud motif dan ‘action’ pula bermaksud tindakan. Motivasi wujud dalam diri setiap kita adalah disebabkan keinginan untuk mencapai sesuatu. Keinginan untuk mendapatkan makanan, kediaman, kesenangan, kenderaan dan sebagainya. Keinginan ini yang menjadi motif dan ia mendorong manusia untuk membuat tindakan bagi memenuhi kehendak dan keinginan ini. Kebanyakan mereka yang bekerja, adalah bermotivasikan pendapatan bulanan yang statik dan tidak meningkat.

Faktor gaji inilah yang menyebabkan orang terus bekerja tetapi sehingga ke suatu peringkat dan tempoh masa, ramai orang yang bekerja akhirnya berasa penat atas pekerjaan mereka kerana apa yang mereka lakukan, dirasakan tidak berbaloi dengan apa yang diperolehi. Akhirnya, gaji tidak lagi menjadi agenda utama dalam pekerjaan dan mereka mula memberikan lebih tumpuan kepada hal lain yang lebih mendatangkan keuntungan bulanannya. Mungkin, inilah keadaan yang sering dihadapi semua pekerja. Akhirnya, ia memberi kesan kepada pekerjaan yang dilakukan khususnya dan kepada masyarakat secara amnya.

Motivasi sebenarnya boleh disandarkan kepada hal lain yang lebih berkesan dan berjangkamasa panjang. Motivasi boleh dibentuk dan dibakar oleh setiap individu secara sendiri dengan syarat mereka memiliki beberapa ciri-ciri motivasi kendiri (Self Motivated Attributes). Ciri ini perlu diperhalusi dan ia tidak mudah untuk diwujudkan dalam diri. Tetapi kemahuan tidak mampu menyekat perkembangannya. Apa yang penting, perlu tahu dan mahu untuk melakukannya.

Corak fikir, tindakan dan perilaku yang strategis perlu ada pada diri seorang yang bermotivasi kendiri. Sentiasa memandang kehadapan, mempunyai sasaran yang jelas dalam hidup beserta hati yang besar, juga bersedia menghadapi sebarang risiko, menjadikan seorang yang strategis adalah seorang yang berani, tabah dan cekal dalam hidupnya. Tidak takutkan kecaman serta umpatan baik dari orang atasan mahupun bawahan kerana bagi mereka yang strategis, kemuliaan adalah disisi Allah bukan pada cakap dan cerita manusia.

Kepercayaan itu tadi akan membina minda yang positif dan optimis dalam diri. Tetapi minda ini perlu diaktifkan dan diberikan lebih suapan positif agar ia dituntun dengan baik. Persepsi dan tanggapan awal akan memainkan peranan yang penting dalam kerja kita serta tingkahlaku kita. Tingkahlaku ini juga yang akan menggambarkan sikap kita terhadap sesuatu pekerjaan. Apabila timbul persepsi buruk tentang orang atasan kita, maka akan wujudlah satu sikap dimana kerja dilakukan acuh tidak acuh seperti melepaskan batuk ditangga.

Pastinya semua ini memerlukan pengorbanan dan risikonya. Mungkin kerana keunggulan ciri-ciri ini, akan ada yang dengki dan iri hati. Kita akan berjauhan dari orang lain, lain dari orang lain. Ia adalah disebabkan pemikiran tertutup dan tidak boleh melihat perubahan dan kaedaan yang lain daripada yang lain. Lebih menyedihkan lagi, apabila perubahan yang hendak dilakukan ini datang bersama ugutan, bahawa anda akan diberhentikan kerja. Inilah lumrah dunia, tetapi bagi seorang yang bermotivasi kendiri, yang ada ketakutan dalam hatinya adalah kepada Allah s.w.t.

Mereka yakin bahawa masa akan menentukan semuanya, selagi ada nyawa tanggungjawab perlu diteruskan, apabila masa kita tamat di dunia, kita akan ditanya di akhirat, tentang ilmu, harta, masa dan pangkat. Ketika itu, bagi mereka yang beriman, akan merasai kegembiraan nikmat apabila datang Izrail yang menjemput, tetapi bagi mereka yang di dalam hatinya bukanlah Allah Azza wajalla, maka kematian adalah sesuatu yang ingin dijauhkan. Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang beriman.

Mari kita TUNE-diri kita.

emel: kamyghebat@yahoo.com
blog: http://kamarulazami.blogspot.com
emel syarikat: iqclassmanagement@yahoo.com
blog syarikat: http://iqclassmanagement.blogspot.com
no.tel: 019-277 0412 / 012-689 1738"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI