Pembinaan Modul

IQ Class Management telah membina modul yang pelbagai bagi memenuhi permintaan pasaran. Sehingga tahun 2008, lebih dari 100 buah sekolah dan pelbagai institusi telah mendapatkan khidmata kami dan menggunakan kemahiran kami dalam pelbagai bentuk latihan dan motivasi.

Pada tahun 2006, kami memulakan perjalanan dengan membina pelbagai bentuk latihan yang khusus kepada pembinaan kendiri pelajar diperingkat sekolah. Oleh kerana itu, pada tahun 2006, Perunding Utama Latihan dan Motivasi kami Encik Kamarul Azami bersama Perunding Latihan dan Motivasi (Sumber Manusia) saudara Zaki telah dijemput menyertai Nordant Management bagi bersama berkongsi pengalaman dalam pembinaan modul untuk pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Sepanjang bersama Nordant Management, wakil IQ Class Management telah berjaya menghasilkan 2 modul utama yang digunakan sehingga kini di LZS iaitu Modul Hijrah Ilmu Cemerlang Peperiksaan PSRA beserta Modul Remaja Ashab Al-Ukhdud. Permulaan perjalanan kami ini pernuh berliku dan pelbagai cubaan dan dugaan yang didepani bagi merealisasikan cita-cita kami. Keperluan melakukan yang terbaik untuk setiap kerja ini kami temui ketika kami sekali lagi diberikan mandat oleh pihak KUIS Excel untuk membina satu modul latihan untuk pelajar tahun 5, tingkatan 2 dan 4 penerima bantuan asnaf zakat. Ketika inilah kami melihat, kerjaya dan pemilihan bidang ini tidak semudah yang dijangkakan.

Berbekalkan semangat dan azam yang ada, kami di IQ Class Management bertekad untuk terus mendidik anak bangsa melalui latihan dan motivasi. Melakukan kerja pada kadar yang terbaik dan yang paling utama adalah, memanfaatkan ilmu, pengalaman dan masa muda kami untuk Allah dan memohon keberkatan kehidupan yang diredhai Allah.

Akhirnya, sehingga kini kami telah menghasilkan modul-modul yang telah kami saringkan berdasarkan keperluan berikut:

1) Siri Belajar Cara Belajar
2) Siri Motivasi Belajar
3) Siri Latihan Kepimpinan
4) Siri Motivasi Kerjaya
5) Siri Motivasi Kekeluargaan
6) Siri Pembinaan Pasukan
7) Siri Pembinaan Karektor serta
8) Siri Penghayatan Islam

Kami sedang melakukan proses perkembangan dan diharap semua modul kami ini akan dapat diperbaiki dan dijadikan model latihan disemua peringkat. Untuk keterangan lanjut untuk maklumat siri latihan kami, sila merujuk kepada label Modul IQ Class Management.

"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI