Konsep Pembinaan Modul IQ Class Management

1. Mengutamakan objektif permintaan bukan keseronokan peserta.
Setiap modul yang kami bina meliputi 3 elemen penting dalam latihan iaitu;
a) Pengetahuan (Knowledge)
b) Kemahiran (Skills) dan
c) Sikap (Attitude)

Pengurusan dan perancangan modul ini membolehkan peserta tahu apa yang mereka tidak tahu, boleh melakukan apa yang mereka tidak boleh dan membentuk kemahuan dalam diri untuk melakukannya. Oleh kerana modul kami ini tidak mementingkan keseronokan peserta semata-mata, maka elemen jasmani, emosi, rohani dan intelektual juga menjadi asas utamanya. Apa yang dimaksudkan bukan keseronokan peserta adalah, keseronokan adalah sebahagian daripada kehidupan kita, maka setiap apa yang berlaku pasti akan ada keseronokan tetapi setiap keseronokan perlu diikuti dengan pengajaran. Maka, berseronok boleh tetapi jangan sampai terlupa asal pembelajaran mereka.

2. Menggunakan akronim.
Apa yang akan perolehi dari setiap bentuk modul latihan kami adalah berasaskan kepada pemikiran induksi (kecil kepada besar). Ia bermula dengan satu perkataan dan akan berkahir dengan perbincangan yang panjang berdasarkan perkataan akar tersebut. Mengapa ia dipilih sedemikian? Pada asalnya, IQ Class Management mensasarkan golongan pelajar sekolah sebagai peserta dan memerlukan pembelajaran yang sangat mudah untuk mereka ingati. Maka dengan menggunakan akronim, peserta lebih mudah untuk belajar dan ingat apa yang diajarkan.

3. Pembelajaran melalui pengalaman.
Jarang sekali IQ Class Management menyampaikan pembelajaran dalam bentuk 1 hala sahaja komunikasinya. Kebiasaannya peserta akan diberikan pengajaran berdasarkan pengalaman dan aktiviti yang memberikan kesan terus kepada peserta. Ia dikenali sebagai 'experiential learning'. Jadi aktiviti yang dilakukan juga melibatkan psikomotor peserta. Maka ia lebih menarik dan memberikan kesan jangkamasa panjang.

4. Fungsi 4KA.
Istilah ini jarang digunakan melainkan mereka yang terlibat dengan dunia fasilitator PEPIAS. IQ Class Management mengutamakan konsep pembentukan kumpulan dan pembelajaran dalam kumpulan. Fungsi 4KA ialah penerapan dalam kumpulan di mana peserta akan digerakkan oleh seorang fasilitator dalam lingkungan 8 sehingga ke 20 orang dalam satu pasukan atau kumpulan. 4KA ialah:
a) Kebersamaan
b) Kepercayaan
c) Keterbukaan
d) Kerahsiaan
e) Adabul Ikhtilaf (adab-adab berselisih pendapat)

5. SENYUM
'Ice-breaker' atau pemecah bendungan utama yang digunakan ialah konsep senyum. Beberapa penerapan dan pengajaran yang diperolehi dari aktiviti ini. Namun, falsafah mudah yang kami gunakan dalam senyum ialah, sesiapa yang mampu tersenyum dengan kita, maka dia sudah bersedia untuk menerima kita seadanya.

6. I - TUNE, 'tune' dalam diri.
Konsep yang terakhir ini merupakan keutamaan dalam mana-mana program kami. TUNE bermaksud ubah, ini merupakan tunjang kepada setiap modul kami sehingga kini. Apa maksud 'i-tune'? "Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

I - Ilmu pengetahuan dijadikan asas perubahan diri. Tahu, dan boleh akan diikuti dengan mahu. yang paling penting adalah tahu dan merasakan boleh. Maka selepas itu akan datang...

T - Teroka diri
U - Ubah sikap
N - Nilai diri
E - Evolusi pemikiran.

7. Perlaksanaan dan pencapaian
Ia perlu dikuatkan oleh pasukan bukan kerja berseorangan. Bagi setiap modul kami, keberkesanannya ialah melalui berpasukan bukan berseorangan. Maka, bekerja dalam jemaah, maka hasilnya pasti memberangsangkan.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI