Hidup Perlukan Strategi

Islam telah mengajar kita untuk sentiasa merancang masa dan kehidupan kita. Kehidupan manusia Muslim bermula dengan satu ikat janji dan kemudian disusuli dengan penetapan halatuju serta visi yang jelas.

Sehingga ke hari ini berapa ramai yang masih mencari-cari kehidupan mereka? Beringatlah, kehidupan memerlukan perancangan yang teliti dan jitu. Ia perlu diberikan perhatian serius. Kita sering menganggap esok akan sentiasa datang sebagaimana hari ini tetapi kita lupa bahawa esok mungkin tidak ada buat kita. Apa persiapan kita?

Kematian adalah pasti, kehidupan adalah sementara, jadi gunakanlah kehidupan ini untuk kebaikan kita bersama. Jangan berhenti berbuat baik kerana kita khuatiri, jika hari ini kita sedang berbuat jahat, jika sekarang kita berlaku jahat, maka, kalau kita mati sekarang, maka kita baru sahaja berlaku jahat.

Sebaliknya, setiap hari fikirkanlah apa kebaikan lagi yang boleh kita buat asalkan, apabila dicabutnya nyawa, kita baru sahaja melakukan kebaikan.

"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI